awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kerajaan tak benarkan NGO edar makanan kerana nak jaga nyawa mereka - Ismail Sabri

Firdaus Azil
Firdaus Azil
29/03/2020
07:07 MYT
COVID-19: Kerajaan tak benarkan NGO edar makanan kerana nak jaga nyawa mereka - Ismail Sabri
Keputusan kerajaan untuk menghalang NGO memberi bantuan sendiri datang dari pandangan dan perbincangan dengan pihak KKM.
Kerajaan bukan sengaja menghalang pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk mengedar makan secara terus kepada penerima, sebaliknya langkah itu diambil bagi menjaga kepentingan semua, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) itu berkata, beliau sedia maklum mengenai rasa tidak puas hati beberapa NGO berkenaan, namun langkah itu diambil atas nasihat dan pandangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Kerajaan sangat berterima kasih kepada kepada NGO, kerana waktu kesusahan biasanya NGO lah kumpulan penting di barisan hadapan untuk membantu rakyat. Bukan saja waktu COVID-19, tetapi banjir atau apa saja bencana, NGO lah yang akan berada bersama kerajaan untuk bantu.
“Sebenarnya kita mendapat nasihat dari KKM, kerana kita juga ingin menjaga keselamatan NGO tersebut, ahli NGO tersebut. Kita tahu mereka akan menghantar sendiri (bantuan) kepada penerima, yang mereka tidak tahu penerima itu bebas dari COVID-19 atau tidak,” kata Ahli Parlimen Bera itu.
Beliau berkata, kerajaan khuatir sekiranya ahli NGO berkenaan dijangkiti wabak COVID-19, maka mereka akan berpotensi untuk menjadi pengangkut, atau menyebabkan ahli keluarga dan rakan-rakan mereka pula terdedah kepada virus itu.
“KKM berpandangan, walaupun mereka (NGO) ingin menyumbang, tapi kita kena jaga kepentingan kesihatan dan nyawa mereka. Sebab itu kita membuat keputusan semalam supaya bekalan makanan atau bantuan dari NGO, tidak oleh dihantar secara direct tapi hantar kepada kepada pusat yang ditetapkan,“ katanya lagi.
Bagaimanapun, Ismail Sabri berkata, kerajaan akan mengkaji semula keputusan itu dari semasa ke semasa, dan beliau mengalu-alukan pandangan semua pihak, khususnya dari pihak NGO terbabit.
Topic Berkaitan
#bantuan makanan
#coronavirus
#COVID-19
#ismail sabri yaakob
#Kementerian Kesihatan
#kluster keselamatan
#koronavirus
#Menteri Kanan
#NGO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan