awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penumpang cedera penerbangan Etihad Airways dilanda gelora udara serius
'Peranan saya dalam SRC terhad kepada beri kelulusan dan kuasa veto' - Najib
Perancis catat lebih banyak kematian berbanding kelahiran pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kes baharu kekal satu digit, tiada kematian, kes discaj tertinggi

Astro Awani
Astro Awani
09/06/2020
10:11 MYT
COVID-19: Kes baharu kekal satu digit, tiada kematian, kes discaj tertinggi
Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, hanya tujuh kes baharu dilaporkan pada hari ini melibatkan enam kes import dari jangkitan luar negara dan satu kes penularan dalam negara melibatkan bukan warganegara.
Malaysia terus mencatatkan kes baharu COVID-19 pada angka satu digit.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, hanya tujuh kes baharu dilaporkan pada hari ini melibatkan enam kes import dari jangkitan luar negara dan satu kes penularan dalam negara melibatkan bukan warganegara.
Ia menjadikan tiada kes penularan dalam negara melibatkan warganegara Malaysia.
"Sukacita dimaklumkan bahawa pada hari ini, tiada kes penularan dalam negara dicatatkan di kalangan warganegara Malaysia. Satu kes penularan di dalam negara adalah seorang pekerja bukan warganegara (iaitu kes saringan untuk mula berkerja)," katanya dalam sidang media harian di sini pada Selasa.
Justeru, jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,336 kes.
"Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,244 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan," kata beliau.
Selain itu, negara merekodkan 281 kes pulih dan dibenarkan discaj hari ini, menjadikannya sebagai jumlah discaj tertinggi yang pernah dicatat setakat ini.
"Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 6,975 kes (83.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes)," tambahnya lagi.
Pada masa sama, tiada pertambahan kes kematian baharu berkaitan COVID-19 dilaporkan.
"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 117 kes (1.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes)," ujarnya.
Sehingga kini, sebanyak enam kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah tersebut, satu kes memerlukan bantuan pernafasan.
Topic Berkaitan
#Dr Noor Hisham Abdullah
#ICU
#kes positif
#kesihatan
#koronavirus
#Malaysia
#Media
#Noor Hisham Abdullah
#unit rawatan rapi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan