awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Maruah ATM perlu terpelihara, jangan samakan kesalahan individu - RAFOC
Panda kembar Tokyo 'balik' China 27 Januari
Iran tegaskan kesediaan bekerjasama dengan Iraq demi kestabilan serantau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kes dijangka mendadak, persiapan pusat kuarantin di MAEPS dijalankan

Faris Danial Razi
Faris Danial Razi
28/03/2020
12:46 MYT
COVID-19: Kes dijangka mendadak, persiapan pusat kuarantin di MAEPS dijalankan
Setakat ini, Kementerian Kesihatan (KKM) memperuntukkan sejumlah 3,400 katil di semua hospital yang merawat COVID-19 di seluruh negara dan tambahan 1,892 katil di Institut Latihan KKM, menjadikan jumlah keseluruhan katil ialah 5,292. - Gambar KKM
Dua dewan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang akan dijadikan pusat kuarantin dan rawatan untuk merawat pesakit positif COVID-19 yang tidak bergejala serta bergejala ringan.
Pusat itu yang dijangka siap petang Ahad, adalah sebagai langkah persediaan sekiranya berlaku peningkatan secara drastik pesakit COVID-19 yang dijangka pada pertengahan April.
Sejumlah 600 katil akan ditempatkan yang meliputi 400 unit di Dewan A manakala 200 lagi di Dewan B.
Setakat ini, Kementerian Kesihatan (KKM) memperuntukkan sejumlah 3,400 katil di semua hospital yang merawat COVID-19 di seluruh negara dan tambahan 1,892 katil di Institut Latihan KKM, menjadikan jumlah keseluruhan katil ialah 5,292.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba turut meninjau persiapan di pusat kuarantin dan rawatan di MAEPS pada Sabtu.
Dalam pada itu, KKM menjangkakan peningkatan mendadak kes positif pandemik COVID-19 pada pertengahan April ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata bagaimanapun langkah drastik telah diambil oleh pihak berkaitan termasuk melakukan semburan nyah kuman dan nyah jangkitan sebagai inisiatif untuk membendung penyebaran wabak tersebut.
BACA: COVID-19: KKM jangka peningkatan kes mendadak pada pertengahan April
BACA: COVID-19: 1,000 gelandangan akan ditempatkan di tiga kem PLKN
Topic Berkaitan
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Kementerian Kesihatan
#KKM
#koronavirus
#Noor Hisham Abdullah
#Taman Ekspo Pertanian Malaysia MAEPS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan