Skip to main content

Malaysia

COVID-19: Kes meningkat kepada 117, dua pesakit kritikal

61583316107_DatukDrNoorHisham.jpg
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan dua individu yang disahkan positif COVID-19 berada dalam keadaan kritikal.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, kedua-dua mereka sedang menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU), Hospital Sungai Buloh dan Hospital Sultanah Aminah, Johor.

Beliau yang enggan mendedahkan identiti mereka itu bagaimanapun memberitahu, kedua-dua pesakit itu kini bergantung kepada alat bantuan pernafasan.

Dalam pada itu beliau turut menjelaskan, gelombang kedua wabak COVID-19 terus menyaksikan peningkatan kes apabila 18 lagi kes baharu telah dikesan sehingga jam 12 tengah hari tadi, menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini sebanyak 117.

โ€œKKM masih menjalankan siasatan dan aktiviti pengesanan kontak rapat masih diteruskan,โ€ katanya pada sidang media di Putrajaya di sini, pada Isnin.



Advertisement

Must Watch Video