awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kes tinggi di Sarawak tidak libatkan jangkitan serius - Pakar kesihatan

Hilmi Malik
Hilmi Malik
07/09/2021
08:09 MYT
COVID-19: Kes tinggi di Sarawak tidak libatkan jangkitan serius - Pakar kesihatan
Penularan wabak COVID-19 di Sarawak tidak melibatkan kes yang serius meskipun angka jangkitan baharu yang dilaporkan di negeri itu agak tinggi sejak kebelakangan ini.
KUALA LUMPUR : Penularan wabak COVID-19 di Sarawak tidak melibatkan kes yang serius meskipun angka jangkitan baharu yang dilaporkan di negeri itu agak tinggi sejak kebelakangan ini.
Menurut Pakar Kesihatan Awam Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Malina Osman, situasi jangkitan di Sarawak juga jauh lebih baik berbanding negeri lain kerana sebahagian besar daripada kes yang dilaporkan bergejala ringan.
“Kita perlu memahami dari sudut kesemua aspek dan tidak hanya bergantung kepada angka kes positif semata-mata.
“Situasi di Sarawak kita difahamkan saringan dibuat secara meluas dan bukan hanya tertumpu kepada kontak rapat,” katanya kepada Astro AWANI pada Selasa.
Mengulas lanjut, Dr Malina berkata, keadaan di negeri Sarawak juga memberikan gambaran kepada fasa endemik yang bakal dilalui rakyat Malaysia.
Beliau berkata, liputan vaksinasi yang meluas sememangnya akan memberikan data kes positif yang tinggi.
Bgaimanapun, data berkenaan hanya akan melibatkan kes yang tidak serius berikutan kebanyakan mereka telah dilindungi daripada wabak.
Sarawak sebelum ini telah mencapai liputan imunisasi COVID-19 yang tinggi dalam kalangan penduduk dewasa yang layak iaitu 86.7 peratus bagi dos pertama dan 66.6 peratus dos kedua, setakat Julai.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#kes positif
#Sarawak
#vaksin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan