awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: KKM kesan 11 kluster baharu, Selangor kekal rekod kes tertinggi

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
10/02/2021
11:05 MYT
COVID-19: KKM kesan 11 kluster baharu, Selangor kekal rekod kes tertinggi
Dr Noor Hisham berkata, jumlah kluster yang aktif sebanyak 466 kluster. - Gambar BERNAMA
KUALA LUMPUR:Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan 11 lagi kluster baharu jangkitan COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan adalah sebanyak 931 kluster.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, tujuh kluster berkaitan tempat kerja dan masing-masing dua kluster melibatkan komuniti dan kumpulan berisiko tinggi.
Beliau berkata, jumlah kluster yang aktif sebanyak 466 kluster.
"Jumlah kluster yang telah tamat ialah sebanyak 465 kluster (termasuk empat kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Jalan Genting, Kluster Harum, Kluster Medan Idaman, dan Kluster Wakaf Lanas.
"Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Tanjung Suria (356 kes), Kluster Persiaran Perkilangan (319 kes), dan Kluster Jalan Cochrane (104 kes)," katanya dalam kenyataan di sini, pada Rabu.
Berikut merupakan 11 senarai kluster baharu:
1. Industri Wawasan, Selangor 2. Batu 20 Selangor, Selangor 3. Tapak Bina Persiaran Sepang, Selangor 4. Tapak Bina Jalan Tandok, Kuala Lumpur 5. Jalan Dua Belas, Kuala Lumpur 6. Jalan Tiga KKIP, Sabah 7. Jalan Uda Utama, Johor 8. Jalan Kancil Waha, Johor 9. Lorong Sahabat, Johor 10. Lorong Bersatu Damai, Sabah 11. Jalan Harun, Kuala Lumpur
Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata, Selangor kekal negeri yang mencatatkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,757 kes (53.4 peratus).
BACA: COVID-19: 3,288 kes baharu, 14 kematian direkodkan
Daripada jumlah itu, beliau berkata, sebanyak 1,552 kes (88.3 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan.
"Ini diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 408 kes (12.4 peratus) dan Johor sebanyak 369 kes (11.2 peratus)," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Kementerian Kesihatan
#COVID-19
#Dr Noor Hisham Abdullah
#KKM
#kesihatan
#Kluster baharu
#Selangor kes tertinggi
#kluster tamat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan