awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: KKM tambah 830 jururawat - Menteri Kesihatan

Bernama
Bernama
16/03/2020
20:55 MYT
COVID-19: KKM tambah 830 jururawat - Menteri Kesihatan
DR ADHAM: Kita cukup (pengamal perubatan profesional) di setiap negeri pada masa ini tetapi apa yang kita perlukan sekarang ialah (lebih) doktor penyakit berjangkit. - Gambar fail
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menambah 830 jururawat dalam usaha menangani penularan COVID-19 di negara ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.
Beliau berkata lantikan secara kontrak itu bagi menambah kapasiti petugas di 135 hospital kerajaan di seluruh negara memandangkan bilangan kes positif COVID-19 semakin ketara sejak minggu lepas.
"Mereka akan berkhidmat selama dua tahun, terdiri daripada jururawat yang tamat belajar dari kolej kejururawatan KKM," katanya pada sidang media harian berkenaan COVID-19 di sini, pada Isnin.
Mengulas lanjut, Dr Adham berkata Malaysia mempunyai petugas perubatan yang mencukupi termasuk lebih 60,000 doktor dalam sektor awam dan swasta.
"Kita cukup (pengamal perubatan profesional) di setiap negeri pada masa ini tetapi apa yang kita perlukan sekarang ialah (lebih) doktor penyakit berjangkit," katanya.
Selain itu, katanya, KKM kini mempunyai 926 alat bantuan pernafasan termasuk 152 'non-invasive ventilation' (NIV) dan 142 'transport ventilators'.
"KKM sedang menempah dan akan menambah 800 lagi alat itu secepat mungkin bagi menampung keperluan terkini," katanya.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata lebih 7,000 peserta perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling, di sini, telah tampil membuat ujian saringan COVID-19.
Bagaimanapun, KKM masih belum mengetahui bilangan mereka yang positif penyakit itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Adham Baba
#alat bantuan pernafasan
#COVID-19
#Doktor
#jururawat
#Kementerian Kesihatan
#koronavirus
#Masjid Sri Petaling
#Menteri Kesihatan
#pengamal perubatan profesional
#penyakit berjangkit
#petugas kesihatan
#petugas perubatan
#saringan
#tabligh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan