awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Polis tahan tiga pelatih PUSPEN Jelebu larikan diri, dua masih diburu
MALAYSIA
Penjawat awam dilarang buat sebarang bentuk pernyataan awam
MALAYSIA
Op Pedo bongkar pelajar miliki 5,000 bahan lucah kanak-kanak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NATIONAL

COVID-19: KKM terus kongsi gambar situasi di ICU, mohon rakyat Malaysia patuhi SOP

Astro Awani
Astro Awani
14/05/2021
17:16 MYT
COVID-19: KKM terus kongsi gambar situasi di ICU, mohon rakyat Malaysia patuhi SOP
Gambar dan situasi menyedihkan di ICU itu dikongsi barisan hadapan negara dalam satu entri di Facebook rasmi Kementerian Kesihatan (KKM).
KUALA LUMPUR: "Semua katil yang ada di hospital hampir penuh dan mencapai kapasiti maksimum".
Itu situasi sebenar yang dihadapi banyak hospital di negara ini seperti yang dikongsikan Kementerian Kesihatan (KKM) dalam satu entri di Facebook rasmi kementerian itu, malam tadi.
"Hari ini merekodkan 34 kematian akibat COVID-19. Gambar dari Hospital Kajang ini menunjukkan kesemua katil yang berada di Hospital Kajang sudah pun penuh.
"Begitu juga di Hospital Ampang, Selayang, Sungai Buloh dan hospital-hospital COVID-19 yang lain. Keadaan sudah sesak.
"Pun begitu, sistem kesihatan di negara kita belum lagi sampai ke tahap perlu memilih siapa yang perlu berada di atas katil ICU untuk dirawat," tulis KKM di ruangan kapsyen.
Tambah KKM, petugas barisan hadapan juga tidak ke mana-mana dan sentiasa ada di wad ICU untuk merawat pesakit.
"Demi menyelamatkan nyawa, semua frontliners meneruskan tugas harian mereka seperti biasa pada ketika hari raya pertama dan kedua Aidilfitri ini.
"Cuma satu sahaja yang dipinta daripada seluruh rakyat Malaysia, patuhlah pada peraturan yang telah ditetapkan. Jaga diri, jaga keluarga kita. Jangan biarkan keluarga kita menjadi salah seorang yang berada di wad ICU ini. "
Sumber Facebook kementeriankesihatanmalaysia
Topic Berkaitan
#COVID-19
#SOP
#ICU
#KKM
#Kementerian Kesihatan
#unit rawatan rapi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami