awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kontak rapat calon BN, Hishammuddin diarah kuarantin di rumah

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
28/09/2020
08:30 MYT
COVID-19: Kontak rapat calon BN, Hishammuddin diarah kuarantin di rumah
Hishammuddin turut mengharapkan semua jentera BN yang pulang dari Sabah untuk mematuhi arahan kuarantin.- Sumber foto FB Hishammuddin Hussein
KUALA LUMPUR:Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein diarah menjalani kuarantin di rumah oleh Kementerian Kesihatan (KKM) setelah menjadi kontak rapat kepada calon Barisan Nasional (BN) semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah tempoh hari.
Menerusi muat naik status di laman sosial beliau, Hishammuddin berkata beliau telah ke Pitas bagi membantu kempen Sufian Abdul Karim yang telah disahkan positif COVID-19 sebelum ini.
"Hari ini saya telah diarah oleh Kementerian Kesihatan Malaysia agar jalani kuarantin diri di rumah biarpun saringan awal yang dibuat ke atas saya sebaik tiba dari Sabah tempoh hari negatif," katanya.
Hishammuddin turut mengharapkan semua jentera BN yang pulang dari Sabah untuk mematuhi arahan kuarantin.
"Kepada semua yang baru pulang dari Sabah khususnya jentera BN, nasihat saya - pastikan jalani saringan COVID-19 dan segera lapor sekiranya terdapat simptom.
"Seperti saya maklum, saya sendiri akan kuarantin diri di rumah. Sama-sama kita bantu usaha KKM tangani penularan wabak ini.
Beliau pada masa sama turut berdoa semoga semua mereka yang telah disahkan positif sebelum ini segera sembuh dan kembali fokus dalam membela rakyat.
Sumber Facebook HishammuddinH2O
Topic Berkaitan
#Hishammuddin Hussein
#Barisan Nasional
#KKM
#pilihan raya
#koronavirus
#COVID19
#arahan kuarantin
#politik
#Disiplin Malaysia
#Hapus COVID-19
#Sufian Abdul Karim
#pitas
#Kementerian Kesihatan Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan