awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kontak rapat serumah di Kelantan perlu pakai gelang kuarantin 14 hari

Bernama
Bernama
30/05/2021
08:54 MYT
COVID-19: Kontak rapat serumah di Kelantan perlu pakai gelang kuarantin 14 hari
Kelantan memutuskan supaya semua kontak rapat serumah dengan kes positif COVID-19, akan dipakaikan gelang kuarantin selama 14 hari. - Gambar hiasan/BERNAMA
KOTA BHARU: Kelantan memutuskan supaya semua kontak rapat serumah dengan kes positif COVID-19, akan dipakaikan gelang kuarantin selama 14 hari dari tarikh akhir pendedahan dengan pesakit, tanpa perlu menunggu pengambilan sampel COVID-19.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) Datuk Dr Zaini Hussin berkata, perkara itu telah dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Kelantan, semalam.
"Pemakaian gelang ini akan dilakukan segera tanpa menunggu pengambilan sampel COVID-19, selaras dengan Seksyen 15(A) Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit Pindaan 2021).
"Ini bertujuan untuk menyekat segera pergerakan individu setelah mereka dikenal pasti sebagai kontak rapat kes sah (positif)," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, ini merupakan strategi dalam melandaikan keluk pandemik COVID-19 di Kelantan, ekoran peningkatan kes yang mendadak sejak kebelakangan ini.
"Rakyat Kelantan dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan, dan memantau status kesihatan diri.
"Sila dapatkan rawatan segera sekiranya bergejala. Terus berada di rumah sekiranya tiada urusan penting di luar," tambahnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Gelang kuarantin
#gelang pink
#kontak rapat
#serumah
#kes positif
#COVID-19
#Kelantan
#JKNK
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan