awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Masters Indonesia: Sze Fei-Nur Izzuddin lengkapkan hatrik gelaran buat Malaysia
JKKP Johor arah siasatan dalaman insiden kematian operator kren menara
‘Lisa Effect’ cetus fenomena, Tasik Teratai Merah dibanjiri ribuan pelancong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Labuan catat kadar kebolehjangkitan tertinggi

Bernama
Bernama
24/03/2021
06:20 MYT
COVID-19: Labuan catat kadar kebolehjangkitan tertinggi
Dr Noor Hisham berkata pandemik COVID-19 merupakan antara krisis kesihatan terbesar dalam sejarah semasa manusia. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kadar kebolehjangkitan (Rt) COVID-19 mengikut kes harian untuk seluruh negara setakat semalam kekal 0.98 dengan Labuan mencatat Rt tertinggi pada 1.82.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi infografik yang dikongsikan di akaun Twitter, berkata Pahang merekodkan nilai Rt kedua tertinggi iaitu 1.31, diikuti Melaka (1.24), Kedah (1.16), Kelantan (1.11) dan Pulau Pinang (1.03).
Negeri-negeri yang mencatat bacaan bawah 1.0 ialah Sarawak (0.98), Kuala Lumpur (0.94), Terengganu dan Selangor masing-masing 0.91, Sabah (0.87), Johor (0.85), Perak (0.78) dan Negeri Sembilan (0.67).
Semalam, kes baharu positif COVID-19 dilaporkan masih pada empat angka dengan 1,384 kes, selain enam kematian direkodkan.
Sementara itu dalam hantaran berasingan, Dr Noor Hisham berkata pandemik COVID-19 merupakan antara krisis kesihatan terbesar dalam sejarah semasa manusia.
"Pelbagai garis panduan kesihatan awam serta prosedur operasi standard (SOP) dikeluarkan. Namun, paling penting ialah mematuhi semua langkah dan SOP tersebut," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Twitter
#SOP
#COVID-19
#pandemik
#kadar kebolehjangkitan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan