awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Labuan kini kembali jadi zon merah

Bernama
Bernama
26/11/2021
11:52 MYT
COVID-19: Labuan kini kembali jadi zon merah
Dua kluster aktif adalah Kluster Jalan Jati melibatkan sebuah bistro dan Kluster Bukit Kuda yang membabitkan sekumpulan komuniti tempatan.- Gambar hiasan/BERNAMA
LABUAN: Labuan merekodkan 159 kes COVID-19 dengan dua kluster aktif, sekali gus menukar status pulau bebas cukai ini kepada zon merah berkuat kuasa hari ini.
Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari berkata dua kluster aktif itu adalah Kluster Jalan Jati melibatkan sebuah bistro dan Kluster Bukit Kuda yang membabitkan sekumpulan komuniti tempatan.
"Kluster tersebut muncul pada 21 Nov dan kluster ini menular dengan pantas dan menyebabkan lebih banyak jangkitan," katanya kepada Bernama hari ini.
Dr Ismuni berkata kanak-kanak berumur satu hingga sembilan tahun, antara individu yang dijangkiti menerusi kluster tersebut.
"Sekurang-kurangnya 18 kes telah disahkan menerusi ujian reaksi berantai polimerase (PCR) dalam kluster tersebut, kita telah menganalisis kadar jangkitan kluster ini yang didapati tinggi," katanya.
Sementara itu, katanya, Kluster Bukit Kuda mula dikesan pada 19 Nov selepas satu keluarga mengadakan majlis pertunangan.
"Kluster berkenaan masih aktif dengan pertambahan bilangan kes positif," katanya.
Dr Ismuni berkata satu subzon merekodkan 10 kes positif, zon dua (22), zon tiga (19), zon empat (32) dan subzon lima dengan 29 kes.
Beliau berkata dua pesakit (seorang daripadanya kanak-kanak) berada dalam kategori empat dan lima. Kedua-dua pesakit sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan memerlukan bantuan pernafasan.
"Labuan sedang berhadapan dengan turun naik kes positif yang kebanyakan disumbangkan oleh pengembara dan aktviti perhimpunan sosial," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Labuan
#zon merah
#Kluster baharu
#kes Covid meningkat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan