awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pertahanan Awam Syria pertingkat respons banjir di Idleb, Lattakia susulan hujan lebat
Trump sahkan Xi Jinping akan lawat AS menjelang akhir tahun
Antonio Jose Seguro dipilih sebagai Presiden Portugal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Lagi majlis pengebumian cetus kluster baharu di Sabah

Eleanor Michelle Patrick
Eleanor Michelle Patrick
01/07/2021
20:58 MYT
COVID-19: Lagi majlis pengebumian cetus kluster baharu di Sabah
Sabah merekodkan satu kluster baharu COVID-19 disyaki berpunca daripada majlis pengebumian di Kampung Nahaba, Kota Belud pada 11 Jun lepas. - Foto Facebook/Universiti Malaysia Sabah
KOTA KINABALU: Satu lagi majlis pengembumian, kali ini di Kampung Nahaba, Kota Belud disyaki mencetuskan kluster baharu COVID-19 pada 11 Jun lepas.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun berkata Kluster Nahaba 2 Kota Belud membabitkan kes indeks lelaki berusia 57 tahun.
Katanya, pengesanan secara aktif serta saringan terhadap 136 individu terdiri daripada ahli keluarga serta kontak rapat mengesan 26 lagi kes positif.
"Ia menjadikan jumlah kumulatif kes positif bagi kluster ini ialah 27 kes. Semua kes positif telah dirujuk ke hospital untuk rawatan lanjut dan pengasingan di Hospital Kota Belud, Hospital Queen Elizabeth dan PKRC (Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah) Kota Belud.
"Dalam pada itu, semua kontak rapat juga telah diarah jalani proses kuarantin untuk pengasingan," katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.
Masidi yang juga jurucakap kerajaan negeri berkaitan COVID-19 berkata Sabah merekodkan sebanyak 232 kes baharu COVID-19 pada Khamis, menjadikan jumlah kumulatif wabak itu di negeri ini sebanyak 69,667 kes.
"Pesakit sembuh dibenarkan keluar hospital pula seramai 188 orang, menjadikan jumlah kumulatif 67,444 orang," katanya.
Topic Berkaitan
#Sabah
#Kluster baharu
#COVID-19
#majlis pengebumian
#Masidi Manjun
#kes baharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan