awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
Konsert Inteam Nur Kasih 25 tahun, menyusuri kenangan bersama peminat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Lebih 120,000 polis lengkap divaksinasi - Ketua Polis Negara

Bernama
Bernama
20/01/2022
04:28 MYT
COVID-19: Lebih 120,000 polis  lengkap divaksinasi - Ketua Polis Negara
Acryl Sani berkata seramai 122,202 pegawai dan anggota polis di seluruh negara telah lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Seramai 122,202 pegawai dan anggota polis di seluruh negara telah lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19, kata Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.
Beliau berkata seramai 32,652 pegawai dan anggota polis telah menerima dos penggalak setakat 18 Januari lepas.
"Semoga dengan usaha ini, dapat melindungi warga PDRM (Polis Diraja Malaysia) daripada risiko jangkitan wabak COVID-19 ketika melakukan tugas dan memutuskan rantaian wabak itu.
"Selain itu, saya mengucapkan tahniah kepada Jabatan Pengurusan kerana usaha berterusan memastikan warga PDRM dilindungi menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan," katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap menerusi laman Facebook rasmi PDRM sempena perhimpunan bulanan KPN di Bukit Aman, di sini, hari ini.
Sementara itu, Acryl Sani berkata PDRM menggariskan tiga fokus sepanjang 2022 iaitu untuk memperkasakan integriti warga PDRM, berkhidmat untuk masyarakat dan mensejahterakan keamanan negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#vaksin COVID-19
#PDRM
#Ketua Polis Negara
#Acryl Sani Abdullah Sani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan