awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rusuhan di Pasar Awam Melor, 12 individu ditahan - Polis
PM Anwar tekad perkukuh, percepat agenda pembangunan Sabah
Amaran banjir di Pasir Mas dan Tumpat bermula tengah malam ini - JPS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Lebih 22 juta populasi dewasa lengkap vaksinasi

Bernama
Bernama
21/12/2021
01:36 MYT
COVID-19: Lebih 22 juta populasi dewasa lengkap vaksinasi
Jumlah kumulatif dos penggalak kini 4,717,084.
KUALA LUMPUR: Seramai 22,817,909 individu atau 97.5 peratus daripada populasi dewasa di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19, setakat 11.59 malam tadi.
Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) melalui laman COVIDNOW, seramai 23,123,189 individu atau 98.8 peratus daripada golongan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sejumlah 86.9 peratus atau 2,736,688 telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 2,834,774 atau 90 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.
Sementara itu, sebanyak 145,004 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 3,241 dos pertama, 4,325 dos lengkap dan 137,438 dos penggalak.
Jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 56,034,257 dos, manakala jumlah kumulatif dos penggalak kini 4,717,084.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#vaksin
#COVIDNOW
#KKM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan