awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Lebih 30,000 pesakit sembuh di Sabah setakat ini - Masidi

Bernama
Bernama
26/12/2020
16:20 MYT
COVID-19: Lebih 30,000 pesakit sembuh di Sabah setakat ini - Masidi
Seramai 33,571 pesakit COVID-19 di Sabah telah sembuh dan dibenarkan keluar dari hospital setakat hari ini, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Masidi Manjun. - Bernama
KOTA KINABALU:Seramai 33,571 pesakit COVID-19 di Sabah telah sembuh dan dibenarkan keluar dari hospital setakat hari ini, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Masidi Manjun.
Masidi yang merupakan jurucakap kerajaan negeri berkaitan COVID-19 berkata 214 pesakit sembuh hari ini berbanding 239 direkodkan semalam.
"Sebanyak 1,553 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 567 di hospital dan 986 di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah. Bilangan pesakit COVID-19 dalam unit rawatan rapi ialah 57 orang dan 18 orang memerlukan alat bantuan pernafasan," katanya dalam kenyataan, di sini.
Sementara itu, Masidi berkata 248 kes positif baharu COVID-19 direkodkan di Sabah hari ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 35,640 kes.
Beliau berkata 169 kes atau 68.1 peratus kes positif baharu direkodkan itu berpunca daripada saringan kontak rapat; saringan bergejala 37 kes (14.9 peratus); saringan kluster-kluster sedia ada 26 kes (10.5 peratus) dan 16 kes (6.5 peratus) lain-lain kategori.
"Tambunan kini bertukar daripada zon kuning kepada zon hijau sekali gus menyaksikan dua zon hijau direkodkan di Sabah termasuk Nabawan," katanya dan menambah, kerajaan Sabah setakat ini telah mengagihkan 303,992 bakul makanan kepada golongan sasar di seluruh daerah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Masidi Manjun
#kerajaan
#kes positif
#unit rawatan rapi
#COVID-19
#Sabah
#pesakit sembuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan