awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Lelaki dikompaun berbual tidak pakai pelitup muka

Sinar Harian
Sinar Harian
28/05/2021
22:15 MYT
COVID-19: Lelaki dikompaun berbual tidak pakai pelitup muka
Lelaki berkenaan (kiri) dikompaun pihak berkuasa yang sedang menjalankan pemantauan di Kampung Pasir Tok Sering, Binjai, Kota Bharu pada Jumaat. Gambar kecil: Abdul Rahim Daud
KOTA BHARU: Seorang lelaki berusia 58 tahun dikenakan kompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika berbual dengan seorang kenalannya di laluan utama Jalan Kampung Pasir Tok Sering, Binjai di sini pada Jumaat.
Lelaki itu ditahan pihak berkuasa semasa pemantauan SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dijalankan di kawasan berkenaan.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, ketika rondaan, pihak berkuasa mendapati dua lelaki sedang berbual di tepi jalan dengan tidak memakai pelitup muka serta tidak melakukan penjarakan sosial.
"Apabila pihak penguat kuasa yang juga seorang pegawai kanan polis memberhentikan kenderaan, memperkenalkan diri dan menunjukkan kad kuasa, salah seorang daripada lelaki berkenaan bertindak memecut motosikalnya, lalu melarikan diri.
"Polis telah mengeluarkan kompaun kepada seorang lelaki yang masih berada di tempat tersebut kerana dakwa melakukan kesalahan gagal mematuhi SOP PKP," katanya kepada Sinar Harian di sini pada Jumaat.
Beliau berkata, kedua-dua lelaki itu saling mengenali antara satu sama lain.
Katanya, pihaknya juga sering mendapat aduan ramai berhubung masyarakat di kawasan tersebut yang tidak mematuhi SOP semasa berada di khalayak ramai terutama semasa berada di luar rumah seperti di kedai.
"Isu tular yang mengatakan lelaki ini disaman ketika bersendirian adalah tidak benar kerana pihak penguat kuasa melihat dengan jelas dia sedang berbual-bual dengan orang lain tanpa penjarakan sosial dan tidak memakai pelitup muka," jelas beliau.
Artikel asal di Sinar Harian: Lelaki dikompaun 'berbual' tidak pakai pelitup muka
Topic Berkaitan
#PKP
#Jalan Kampung Pasir Tok Sering
#Abdul Rahim Daud
#kad kuasa
#SOP
#pelitup muka
#perintah kawalan pergerakan
#penjarakan sosial
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan