awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Melaka tangguh pembinaan hospital medan

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
20/07/2021
04:55 MYT
COVID-19: Melaka tangguh pembinaan hospital medan
Sulaiman berkata, ia susulan keputusan kerajaan pusat untuk memberi keutamaan kepada negeri-negeri yang mencatatkan kes jangkitan baharu yang tinggi seperti di Selangor. -Gambar fail
ALOR GAJAH: Cadangan pembinaan hospital medan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Jasin, Melaka yang dijadual beroperasi minggu ini terpaksa ditangguhkan.
Ketua menterinya, Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, ia susulan keputusan kerajaan pusat untuk memberi keutamaan kepada negeri-negeri yang mencatatkan kes jangkitan baharu yang tinggi seperti di Selangor.
Keputusan itu dicapai pada mesyuarat Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) negeri semalam.
Beliau dimaklumkan pihak ATM telah mengerahkan semua aset ke negeri-negeri kritikal sekali gus memaksa pembinaan hospital medan di negeri ini ditangguhkan terlebih dahulu.
Bagaimanapun, katanya, kekangan itu akan cuba diatasi bergantung kepada situasi COVID-19 semasa.
"Semalam saya baru bermesyuarat... saya difahamkan pihak Pertahanan Malaysia telah pun mengeluarkan semua aset.
"Jadi ada beberapa negeri, terutamanya di Selangor yang kian berlakunya jangkitan COVID-19 ini, maka di Melaka tidak dapat menggunakan hospital medan.
"Pihak exco pun telah maklumkan. Tetapi insya-Allah kita tetap terus berusaha untuk diadakan juga hospital medan di melaka," kata Sulaiman.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid al Mujib, Kampung Durian Daun, Alor Gajah pada Selasa.
Astro AWANI sebelum ini melaporkan sebuah hospital medan ATM akan dibina di negeri itu susulan penggunaan katil di Hospital Melaka mencecah paras amat kritikal.
Keadaan itu turut memaksa fungsi Jabatan Kecemasan dan Trauma di hospital berkenaan ditukar sebagai penempatan sementara pesakit COVID-19 dengan pertambahan 60 katil berbanding hanya 20 sebelum ini.
Selain Hospital Melaka, dua lagi fasiliti kerajaan iaitu Hospital Jasin dan Alor Gajah juga mula menerima pesakit COVID-19 menjadikan semua hospital di negeri ini bagi merawat pesakit COVID-19.
Dalam pada itu, Sulaiman berkata, menerusi mestuarat CITF itu juga, pihaknya dimaklumkan Hospital Melaka bakal menerima 10 lagi katil unit rawatan rapi (ICU) yang baharu berserta alat bantuan pernafasan.
Menurutnya, peralatan itu telah berada di Singapura dan hanya menunggu masa untuk dibawa masuk ke negeri ini bagi menampung fasiliti kesihatan semasa.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#unit rawatan rapi
#jangkitan
#trauma
#penggunaan katil
#Alor Gajah
#Hospital Medan
#Sulaiman Md Ali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan