awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Melaka umum lapan insentif libat RM6.53 juta

Bernama
Bernama
20/03/2020
23:24 MYT
COVID-19: Melaka umum lapan insentif libat RM6.53 juta
SULAIMAN: Saya percaya pengumuman insentif ini dapat melegakan dan membantu penerima ketika berdepan penularan COVID-19 ini. - Gambar fail
Kerajaan Negeri Melaka pada Jumaat mengumumkan lapan insentif khas melibatkan peruntukan RM6.53 juta, bagi membantu rakyat terjejas dan usaha mengekang menularan COVID-19.
Ketua Menteri Datuk Sulaiman Md Ali berkata, salah satu insentif itu adalah peruntukan khas bagi petugas barisan hadapan kesihatan, yang sedang merawat dan mengawal penularan pandemik itu.
Beliau berkata insentif lain melibatkan insentif penjaja dan peniaga kecil; penangguhan bayaran denda lewat cukai tanah; penangguhan bayaran denda lewat cukai petak atau strata.
"Penangguhan bayaran TAPEM (Tabung Amanah Pendidikan Melaka) tiga bulan sehingga Jun ini; pengurangan sewa bulanan rumah Lembaga Perumahan Melaka (LPM); pengurangan bayaran bil air 10 peratus bulan ini dan bulan depan bagi pemilik dan penyewa rumah kos rendah; dan penangguhan bayaran bil air bulan ini.
"Nantikan lagi pengumuman insentif khas penerima bantuan Majlis Agama Islam Melaka dalam waktu terdekat," katanya menerusi kenyataan di sini pada Jumaat.
Beliau berkata insentif itu dijangka memberi manafaat kepada 355,000 pembayar cukai tanah; 35,000 pembayar cukai petak; 7,400 peminjam TAPEM; 1,462 penyewa rumah LPM; dan 260,000 pengguna air domestik Melaka.
"Saya percaya pengumuman insentif ini dapat melegakan dan membantu penerima ketika berdepan penularan COVID-19 ini," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#air
#COVID-19
#cukai
#insentif
#Islam
#kerajaan
#kesihatan
#LPM
#Melaka
#pandemik
#pendidikan
#peniaga
#Peniaga kecil
#petugas barisan hadapan
#rakyat
#Sulaiman Md Ali
#TAPEM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan