awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
57 mangsa tanah runtuh di Bandung Barat dikenal pasti, operasi SAR diteruskan
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
Laura Fernández menang besar pilihan raya Costa Rica, bakal presiden wanita kedua negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Menyentuh hati, video petugas kesihatan pujuk dua beranak Orang Asli tular

Astro Awani
Astro Awani
17/08/2021
04:00 MYT
COVID-19: Menyentuh hati, video petugas kesihatan pujuk dua beranak Orang Asli tular
Video yang dimuat naik ke akaun TikTok @thedressar1 pada Jumaat, sudah menerima lebih lebih 300,000 tontonan. - Foto TikTok/Thedressar1
KUALA LUMPUR: Apa sahaja cabaran, namun demi tugas, bakti tetap dicurahkan.
Sebuah video tular di media sosial memaparkan seorang petugas barisan hadapan, mencari dan memujuk dua beranak masyarakat Orang Asli yang disahkan positif COVID-19 di Kampung Orang Asli Langkap, menyentuh hati ramai.
Video yang dimuat naik ke akaun TikTok @thedressar1 pada Jumaat, sudah menerima lebih lebih 300,000 tontonan.
Ia dimuat naik pemiliknya, Azrul Zubir, 31, yang merupakan penolong pegawai perubatan, sehari selepas menyelesaikan tugasnya sebelum itu.
"Saya perlu mendaki bukit setinggi 500 meter bagi mencari dua beranak berkenaan manakala ibunya berusia 18 tahun dan anaknya baru berusia sembilan bulan.
“Lengkap berpakaian peralatan perlindungan diri (PPE) tentulah sukar untuk kami mendaki serta mencari dua beranak tersebut. Akhirnya saya dibantu oleh Tok Batin untuk mencari dua beranak berkenaan yang rumah mereka jauh ke dalam dusun,” katanya seperti yang dipetik portal Utusan Malaysia.
Menerusi video itu, Azrul menjelaskan dia terpaksa mencari kedua beranak itu kerana tiada telefon bimbit yang boleh dihubungi, serta lokasi rumah mereka yang jauh di dalam dusun.
"Mujurlah (mereka) nak bekerjasama dan ikut turun, saya dapat pujuk mereka untuk dibawa ke hospital," katanya.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#media sosial
#petugas barisan hadapan
#Orang Asli
#Tok Batin
#video tular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan