awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
APMM rampas hampir sejuta rokok seludup di Sungai Golok
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Mesyuarat persatuan sukan cetus kluster baharu di Sarawak

Bernama
Bernama
09/05/2021
15:11 MYT
COVID-19: Mesyuarat persatuan sukan cetus kluster baharu di Sarawak
Kes indeks kluster tersebut merupakan seorang lelaki warganegara berumur 65 tahun yang dikesan melalui saringan individu bergejala di Klinik Kesihatan Petra Jaya pada 3 Mei dan disahkan positif COVID-19 pada 5 Mei. - Gambar fail
KUCHING: Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak Pada Ahad mengisytiharkan satu lagi kluster baharu COVID-19 di Sarawak iaitu Kluster Jalan Stadium Negeri di daerah Kuching.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan kluster tersebut merupakan kluster sosial yang dikesan melibatkan satu mesyuarat teknikal sebuah persatuan sukan di Jalan Stadium di Petra Jaya pada 30 April lepas.
Menurutnya, kes indeks kluster tersebut merupakan seorang lelaki warganegara berumur 65 tahun yang dikesan melalui saringan individu bergejala di Klinik Kesihatan Petra Jaya pada 3 Mei dan disahkan positif COVID-19 pada 5 Mei.
"Kes indeks telah mendapat jangkitan daripada komuniti dan telah merebakkan jangkitan kepada ahli mesyuarat yang hadir pada hari tersebut yang kemudian telah merebak dalam kalangan ahli keluarga kontak-kontak tersebut.
"Sehingga 12 tengah hari ini, seramai 55 individu telah disaring dengan 17 didapati positif dan 38 negatif," menurut JPBN dalam satu kenyataan hari ini.
Sarawak hari ini merekodkan 454 kes baharu COVID-19.
Dalam kenyataan sama, JPBN memaklumkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) telah dilaksanakan di Rumah Empaling di Betong bermula 7 hingga 20 Mei.
Topic Berkaitan
#Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak
#Kluster Jalan Stadium Negeri
#Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri
#JPBN
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan