awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: MOSTI cadang beri vaksin percuma kepada rakyat Malaysia

Isabelle Leong
Isabelle Leong
19/08/2020
08:26 MYT
COVID-19: MOSTI cadang beri vaksin percuma kepada rakyat Malaysia
Khairy berkata kerajaan juga bukan sahaja bergantung kepada China untuk mendapatkan vaksin untuk jangkitan koronavirus tersebut. - Foto Astro AWANI
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan mengesyorkan kepada Kabinet supaya memberikan vaksin COVID-19 secara percuma kepada semua rakyat Malaysia.
Menterinya Khairy Jamaluddin berkata beliau akan mengemukakan cadangan tersebut apabila vaksin tersebut tersedia dan dapat dibeli.
“Kabinet belum membuat keputusan lagi tetapi ia merupakan cadangan saya untuk memberikan vaksin secara percuma kepada semua rakyat Malaysia apabila kami dapat membeli vaksin berkenaan,” kata Khairy pada sidang media di majlis pelancaran National Technology Innovation Sandbox (NTIS) di Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC), Cyberjaya pada Rabu.
Dalam perkembangan yang sama, beliau berkata kerajaan juga bukan sahaja bergantung kepada China untuk mendapatkan vaksin untuk jangkitan koronavirus tersebut.
Katanya, kerajaan juga mencari pengeluar vaksin lain yang boleh menghasilkan vaksin yang selamat dan efektif dengan cepat selain pada harga yang paling berpatutan.
Selain itu, beliau berkata kementeriannya telah diberikan mandat oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk berunding secara langsung dengan pembekal vaksin supaya Malaysia dapat membuat pembelian pada harga yang paling berpatutan.
“Kami mahu pastikan negara seperti Malaysia dan negara-negara membangun lain mempunyai akses yang adil terhadap vaksin.
“Kami bimbang dengan syarikat farmaseutikal besar kerana mereka sudah berniaga dengan negara yang besar,” katanya.
Topic Berkaitan
#Khairy Jamaluddin
#MaGIC
#National Technology Innovation Sandbox
#NTIS
#Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan