KOTA KINABALU: Penguatkuasaan untuk mewajibkan semua pekerja dan pelanggan bagi semua sektor perdagangan dan pengedaran, restoran serta pasar raya mengambil dua dos vaksin COVID-19 dilanjutkan hingga 21 Sept ini.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Masidi Manjun berkata anjakan tarikh itu selaras dengan sasaran Sabah yang akan mencapai 60 peratus tahap vaksinasi COVID-19 pada tarikh tersebut.
"Orang ramai diingatkan sekali lagi bahawa semua pekerja dan pelanggan bagi semua sektor perdagangan dan pengedaran, restoran serta pasar raya hendaklah telah lengkap divaksinasi apabila ia dikuatkuasakan pada 21 Sept ini.
"Ini pada mulanya (penguatkuasaan) diumumkan untuk mula dikuatkuasakan selepas 15 Sept 2021. Bagaimanapun, oleh kerana tahap vaksinasi seluruh negeri Sabah sehingga ke hari ini baru mencapai 52 peratus populasi dewasa, maka tarikh kuat kuasa ini dianjakkan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Masidi yang juga jurucakap khas COVID-19 Sabah berkata terdapat kelewatan untuk pekerja di sektor perdagangan dan pengedaran, restoran serta pasar raya dalam menerima dos kedua, khususnya jenisvaksin AstraZeneca.
"Oleh yang demikian, para majikan boleh memohon pengecualian sementara. Permohonan hendaklah dikemukakan kepada Pihak Berkuasa Tempatan dengan menyenaraikan nama kakitangan mereka yang terlibat, tarikh pengambilan dos pertama dan jadual tarikh pengambilan dos kedua," katanya.
Mengulas mengenai perkembangan kes COVID-19 di Sabah, Masidi berkata jumlah kes wabak itu hari ini turun di bawah angka 2,000, iaitu 1,717 kes, penurunan sebanyak 446 kes berbanding 2,163 kes semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 12 2021
Penguatkuasaan untuk mewajibkan semua pekerja dan pelanggan bagi semua sektor perdagangan dan pengedaran, restoran serta pasar raya mengambil dua dos vaksin COVID-19 dilanjutkan hingga 21 Sept ini. - Gambar hiasan/BERNAMA
Saya tidak sanggup tengok pelajar dalam kontena - Abang Jo
Enggan pelajar belajar di dalam kontena jadi punca Tan Sri Abang Johari sanggup menanggung kos pembinaan sekolah-sekolah daif di negeri itu untuk tempoh sekurang-kurangnya lima tahun.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Pokok tumbang: Wanita Sweden dipercayai penumpang e-hailing cedera
Dua mangsa yang dilaporkan cedera dalam kejadian pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail di sini pada Selasa dipercayai pemandu e-hailing dan penumpang warga Sweden.
Sabah fokus kepada amalan penyahkarbon menjelang 2050
Perubahan iklim dan pembangunan sosioekonomi serta cabaran kecerdasan organisasi merupakan topik utama yang dibincangkan di dalam Forum Kesedaran Inisiatif Alam Sekitar, Sosial, dan Tadbir Urus Korporat (ESG).
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Ahli koperasi digesa pelbagaikan perniagaan
Pengarah SKM Negeri Sabah, Matias Kundapin menggesa ahli koperasi di negeri itu untuk mempelbagaikan jenis perniagaan supaya kekal relecan dan menyumbang kepada ekonomi negara.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Dua warga Malaysia cedera dalam letupan bom di Narathiwat
Mangsa wanita berusia 38 dan 31 tahun dari Tumpat, Kelantan itu mengalami kecederaan ringan susulan letupan bom pada 9.35 malam pada Isnin.
206 klinik, fasiliti kesihatan daif di Sarawak dikenal pasti
51 daripada 206 klinik dan fasiliti kesihatan yang dikenalpasti daif oleh KKM di Sarawak terletak di kawasan bandar.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Sarawak laksana subsidi bersasar guna data sedia ada
Kerajaan Sarawak sedia melaksanakan bantuan subsidi bersasar kerajaan persekutuan menggunakan data sedia ada agensi-agensidi wilayah itu Seperti yang dilakukan untuk Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS).
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
DUN Sarawak lulus RUU Pelabuhan Sarawak 2024 sebulat suara
Dibentangkan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, RUU Lembaga Pelabuhan Sarawak mendapat sokongan penuh melalui 20 perbahasan.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Jangan bimbang kita ikut persekutuan - Hajiji
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata perincian kenaikan gai penmjawat awam di Sabah akan dimaklumkan selepas kerajaan persekutuan menetapkan peratusan kenaikan gaji penjawat awam persekutuan.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Pindaan Ordinan Buruh Sabah penting bagi kebajikan pekerja, tarik pelabur
Datuk Seri Hajiji Noor menyifatkan Pindaan Ordinan Buruh Sabah penting bagi memastikan kebajikan lebih dua juta tenaga buruh di negeri itu terjaga selain menarik minat pelabur ke negeri itu.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Sistem gaji progresif: Lambakan pekerja asing sukarkan pelaksanaan PWM - Pakar
Kerajaan perlu mengawal lambakan pekerja asing, sekiranya ingin menjalankan sistem gaji progresif (PWM) di negara ini.
Pelaksanaan Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 ditangguh ke 1 Jan 2023 - Saravanan
Kerajaan bersetuju untuk menangguhkan penguatkuasaan Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 pada 1 September depan kepada 1 Januari 2023.
Adakah waktu kerja 9-5 untuk 5 hari seminggu masih relevan?
Namun selepas dua tahun pandemik melanda pekerja kini dilihat mahukan lebih fleksibiliti dari segi waktu bekerja.
Tingkatkan kualiti keselamatan pekerja dalam industri kelapa sawit
Polisi syarikat perlu diteliti dan dikemaskini dalam memastikan keselamatan serta kesihatan pekerja terjamin sepanjang menjalankan tugas.
Pecat 900 pekerja menerusi Zoom, pengurus firma di AS dikecam
Tindakan seorang Ketua Eksekutif memecat 900 pekerja disifatkan kejam apa lagi menjelang sambutan Hari Krismas pada 25 Disember ini.
#DiariLockdown: Di sebalik COVID-19... rakyat Malaysia bangkit meneruskan kehidupan
DI SEBALIK banyak kesan buruk akibat COVID-19, sebenarnya terdapat pelbagai pengajaran yang baik akibat pandemik ini.
Semua pekerja domestik termasuk pembantu rumah, tukang kebun kini wajib carum Perkeso
Bermula 1 Jun, semua majikan wajib mendaftarkan pekerja domestik mereka termasuk warga asing dengan Perkeso.
Punca kejadian pemunggahan 'ganas' babitkan pekerja J&T Ekspress dikenal pasti - Kementerian Sumber Manusia
Siasatan dilakukan terhadap beberapa buah premis perniagaan syarikat itu yang terletak di Perak, Melaka, Johor dan Selangor.
Positif COVID-19: Dua cawangan Jaya Grocer ditutup sementara
Dua pasar raya Jaya Grocer ditutup sementara susulan beberapa pekerja di cawangan Jaya Grocer Mutiara Tropicana dan Empire Shopping Gallery disahkan positif COVID-19.
Saringan wajib: 3,739 pekerja asing disahkan positif COVID-19 - Ismail Sabri
Seramai 3,739 daripada 190,429 pekerja warga asing yang menjalani ujian saringan wajib disahkan positif COVID-19 di negara ini.