awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tingkatkan kualiti keselamatan pekerja dalam industri kelapa sawit

Nickyson Nyambar
Nickyson Nyambar
21/01/2022
09:03 MYT
Tingkatkan kualiti keselamatan pekerja dalam industri kelapa sawit
Gamalux Oils Sdn Bhd yang diketuai James Thiruchelvam hadir mengadakan pertemuan bersama Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Sabah (DOSH), Zulkifli Yahaya di pejabatnya untuk berbincang berkenaan OSH. -Gambar Gamalux Oils Sdn Bhd
KUALA LUMPUR : Keselamatan pekerja industri minyak kelapa sawit perlu diberi keutamaan.
Menurut Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Sabah (DOSH), Zulkifli Yahaya, sektor itu merupakan salah satu sektor yang menyumbang kepada kemalangan di tempat kerja tertinggi di Sabah.
"Industri kelapa sawit adalah salah satu penyumbang terbesar kepada kematian pekerja di tempat kerja di Sabah.
"Jadi amat penting untuk para pekerja mengetahui tanggungjawab mereka dalam memastikan tempat kerja mereka sihat dan selamat," katanya dalam pertemuan bersama syarikat minyak berpengkalan di Lahad Datu, Gamalux Oils Sdn Bhd pada Jumaat.
Ujarnya, para pekerja perlu mengutamakan keselamatan dan kesihatan termasuk memastikan syarikat mengimplementasikan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OSH) dalam pelan tindakan projek mereka.
Sementara itu, Pengurus Fasiliti Gamalux Oils Sdn Bhd, James Thiruchelvam berkata pihaknya sedang mengemas kini dan mengenal pasti jurang dalam dasar semasa serta memberi fokus secara berterusan untuk mencapai prestasi OSH yang ketara demi pekerja.
"Kami amat serius dan komited untuk memastikan tempat kerja yang selamat dan sihat buat pekerja-pekerja kami. Sudah menjadi tanggungjawab kami dalam hal ini dan pastinya dapat dilaksanakan dengan bantuan serta kepakaran Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Sabah (DOSH)," jelasnya.
Turut hadir dalam pertemuan empat mata itu termasuk Timbalan Pengarah DOSH, Arahman Jamel, Pembantu Pengarah, Elisa Eligius Samuel dan Penolong Pengurus Daud Ahmad.
Topic Berkaitan
#Industri Minyak Kelapa Sawit
#DOSH
#Keselamatan dan Kesihatan Pekerja
#Pekerja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan