awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Pengambilan dua dos vaksin berbeza mampu tingkatkan antibodi, lawan banyak varian - Pakar Kesihatan

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
19/06/2021
10:22 MYT
COVID-19: Pengambilan dua dos vaksin berbeza mampu tingkatkan antibodi, lawan banyak varian - Pakar Kesihatan
Data-data awal di luar negara mengenai keberkesanan gabungan dua vaksin yang berbeza membuktikan peningkatan kadar antibodi yang tinggi selain risiko yang rendah. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Berdasar kajian awal, pengambilan suntikan dua dos vaksin COVID-19 yang berbeza mampu membawa lebih banyak kebaikan selain berupaya melawan banyak varian.
Pakar Kesihatan Awam Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Madya Dr Malina Osman memberitahu, data-data awal di luar negara mengenai keberkesanan gabungan dua vaksin yang berbeza membuktikan peningkatan kadar antibodi yang tinggi selain risikonya yang rendah.
Malah beliau turut mengambil contoh di bawah Program Imunisasi Kebangsaan, bayi diwajibkan menerima suntikan vaksin seperti Bacillus Calmette-Guerin (BCG) dan Hepatitis B, dimana kedua-dua vaksin itu adalah daripada jenis yang berbeza.
"Saya lebih cenderung kepada keputusan yang memberikan kebaikan jauh lebih banyak kepada rakyat. Pada masa yang sama campuran AstraZeneca dan Pfizer dilihat dapat mengurangkan penggumpalan darah.
"Kajian awal yang dijalankan di United Kingdom (UK) dan Sepanyol menunjukkan, apabila kedua-dua dos dicampurkan, antibodi semakin tinggi serta memberi perlindungan yang tinggi kepada varian-varian baharu," katanya kepada Astro AWANI di sini, pada Sabtu.
COVID-19 | Risiko dan manfaat campuran dua vaksin
Justeru Dr Malina menjelaskan, hasil daripada data-data awal menunjukkan konsep mix and match itu terbukti berkesan dengan komplikasi yang rendah.
Sebelum ini, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar memaklumkan, kerajaan sedang mengkaji penggunaan gabungan vaksin AstraZeneca dan Pfizer-BioNTech.
Menurutnya, cadangan itu sudah dibentangkan kepada Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) dua minggu lalu.
Wakil Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di Malaysia, Brunei dan Singapura Dr Ying-Ru Jacqueline Lo, bagaimanapun mengesyorkan supaya pemberian dua dos vaksin perlu melibatkan jenis yang sama buat masa ini memandangkan kajian masih lagi dijalankan.
Topic Berkaitan
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
#COVID-19
#AstraZeneca
#Pfizer
#United Kingdom
#sepanyol
#Khairy Jamaluddin
#suntikan
#Pertubuhan Kesihatan Sedunia
#bayi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan