awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Pesakit lari dari Hospital Pulau Pinang ditemui semula di Bayan Lepas

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
16/11/2020
03:07 MYT
COVID-19: Pesakit lari dari Hospital Pulau Pinang ditemui semula di Bayan Lepas
Pesakit itu akhirnya ditemui di kawasan kaki lima deretan kedai di Bayan Lepas, malam tadi. - Foto ihsan pembaca
GEORGE TOWN:Selepas beberapa jam melarikan diri dari Hospital Pulau Pinang (HPP) lelaki dipercayai pesakit COVID-19 akhirnya ditemui di kawasan kaki lima deretan kedai di Bayan Lepas, malam tadi.
Lelaki tempatan berusia 23 tahun itu ditemui kira-kira jam 9 malam selepas dipercayai berjalan kaki daripada HPP hingga ke kawasan Bayan Lepas yang mana jaraknya kira-kira 25 kilometer.
Sebaik ditemui, pihak polis memaklumkan kepada pihak HPP dan sepasukan petugas kesihatan yang lengkap berpakaian perlindungan peribadi (PPE) datang mengambilnya untuk dibawa semula ke HPP.
Sementara itu Pengarah Kesihatan Pulau Pinang Dr Asmayani Khalib ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan memaklumkan lelaki itu telah dijumpai dan dibawa balik ke HPP untuk rawatan lanjut.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut.
Lelaki berasal daripada Kepala Batas, Pulau Pinang itu dikesan tiada di katilnya pada 3.20 petang Ahad dan dipercayai melarikan diri dengan memakai baju serta seluar warna putih.
Dia meninggalkan gelang pengawasan berwarna merah jambu di atas katilnya.
Susulan itu, pihak polis giat mencari dan lelaki itu berjaya ditemui ketika duduk bersendirian di hadapan kedai di Bayan Lepas.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#lelaki
#lari
#tangkap
#Bayan Lepas
#Hospital Pulau Pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan