KUALA LUMPUR : Penggunaan pil antiviral Molnupiravir keluaran Merck Sharp & Dohme perlu, memandangkan kadar breakthrough infection (jangkitan yang bertindak melawan vaksin) masih berlaku dalam kalangan mereka yang telah lengkap dua dos vaksinasi COVID-19, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Katanya lagi, berdasarkan data Kementerian, ada dalam kalangan tersebut di bawah kategori 3, 4, dan 5, dan memerlukan rawatan lanjut di hospital.
Katanya lagi, biarpun kadar vaksinasi populasi dewasa di negara ini hampir mencecah 90 peratus, namun penggunaan pil itu masih perlu di samping penerusan program vaksinasi sedia ada.
“Dengan pil ini, kita juga memberi pilihan kepada doktor untuk beri pil ini kepada pesakit, sama ada yang tak divaksin atau sudah divaksin. Tetapi, kerana masalah kesihatan tertentu, masih alami gejala teruk seperti 3, 4, 5.
“Dan keputusan daripada ujian klinikal peringkat ketiga, pil antiviral ini menunjukkan ia berkesan untuk membantu, merawat pesakit kategori 3, 4, 5, terutamanya kepada mereka yang dah bergejala melebihi lima hari. Itu strategi pemberian pil ini,” katanya lagi.
Awal hari ini, Khairy mengumumkan perolehan sebanyak 150,000 pakej rawatan lengkap Molnupiravir (patient courses) untuk merawat pesakit COVID-19.
Beliau berkata, kajian yang dijalankan Merck Sharp & Dohme mendapati Molnupiravir menurunkan kadar kemasukan ke wad sebanyak 50 peratus selain turut berkesan ke atas varian-varian virus COVID-19 yang lebih ganas seperti gamma, delta dan mu.
Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Rembau itu berkata, berdasarkan kadar vaksinasi yang tinggi, serta unjuran keperluan untuk pesakit, jumlah 150,000 pakej lengkap rawatan adalah memadai, dan kerajaan buat masa ini tidak bercadang untuk membeli dengan jumlah yang lebih besar.
Selain itu, beliau mengesahkan bahawa penggunaan pil Molnupiravir adalah percuma untuk pesakit COVID-19.
Menjawab soalan mmengenai sama ada penggunaan dos penggalak atau ‘booster shot’ akan dikemaskini dalam MySejahtera, Khairy berkata, ia tidak akan memberi kesan kepada status penerimaan vaksin dalam aplikasi berkenaan.
“Kita akan tawarkan dos penggalak kepada kumpulan yang kita rasa layak., tapi ia bukan compulsory, atau mandatori untuk terima booster dose (dos penggalak).
“Tapi kita akan tawarkan kepada kumpulan tertentu – warga emas, mereka yang ada komorbiditi, barisan hadapan, dan petugas kesihatan di barisan hadapan,” katanya lagi.
Khairy berkata, Kementerian buat masa ini tidak akan membuat paksaan, tetapi sangat menggalakkan mereka untuk mengambil dos penggalak, memandangkan data klinikal menunjukkan kesan vaksin ke atas golongan tertentu menurun selepas enam bulan pengambilan dos lengkap.
Firdaus Azil
Thu Oct 07 2021

Menteri Kesihatan berkata, kementerian buat masa ini tidak akan membuat paksaan, tetapi sangat menggalakkan mereka untuk mengambil dos penggalak.
Tumpuan Rabu – 21 Mei 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (20 Mei 2025)
Qatar nafi cuba pengaruhi Trump melalui tawaran jet mewah
Penafian itu dibuat sehari selepas senat Amerika Syarikat membentangkan rang undang-undang menghalang mana-mana pesawat asing daripada digunakan sebagai Air Force One.
Tiga pelajar cedera ditikam di sekolah Finland
Sekurang-kurangnya tiga pelajar cedera ditikam di sebuah sekolah di selatan Finland pada Selasa, menurut pihak berkuasa.
[TERKINI] UK gantung rundingan perdagangan dengan Israel
Setiausaha Luar, David Lammy mengumumkan pada Selasa Britain menghentikan rundingan perdagangan bebas dengan Israel, susulan tindakan kejam rejim zionis di Gaza.
Lammy berkata, pihaknya turut memanggil duta negara itu di Israel dan menyifatkan peningkatan ketenteraan di Gaza tidak wajar.
Lammy berkata, pihaknya turut memanggil duta negara itu di Israel dan menyifatkan peningkatan ketenteraan di Gaza tidak wajar.
Pengunjung teruja saksikan aksi pembukaan yang memukauV
Hampir 300 pengunjung menjadi saksi persembahan memukau di langit Pulau Langkawi sempena penganjuran LIMA'25 kali ini.

Konflik Gaza: UK henti rundingan perjanjian bebas dengan Israel
Setiausaha Luar Britain, David Lammy, mengumumkan United Kingdom menghentikan rundingan perjanjian perdagangan bebas dengan Israel.
'Kalau saya menang, saya mungkin mati terkejut' - Rafizi
Calon Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli secara terbuka mengakui beliau akan kalah dalam pemilihan parti itu minggu ini, meskipun kempen berjalan dengan baik dan mendapat sokongan.
[TERKINI] Bekas TYT Sabah, Tun Ahmadshah meninggal dunia
Bekas Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Ahmadshah Abdullah meninggal dunia pada usia 78 tahun.
Pemain warisan juga rakyat Malaysia, wajar disokong
Syarat ditetapkan adalah salah seorang ibu bapa pemain terbabit perlu memiliki kerakyatan Malaysia.

Liga-M nazak, boleh mati - KJ
Beliau menyifatkan keadaan semasa liga sebagai semakin kritikal, susulan peningkatan jumlah pasukan yang gagal bertahan akibat kekangan kewangan.

Menang saman fitnah, Khairy Jamaluddin peroleh ganti rugi RM2.5 juta
Hakim membenarkan saman fitnah difailkan Khairy terhadap Mohd Rasyiq.

Mengenang Tun Abdullah Ahmad Badawi: Khairy ziarah pusara sebelum majlis tahlil
Dianggarkan sekitar 400 jemaah hadir mengimarahkan majlis tahlil tersebut, mereka bersama-sama menghadiahkan bacaan kepada Allahyarham.

Mengenang Tun Abdullah Ahmad Badawi: Majlis tahlil sehingga Khamis
Majlis tahlil buat bekas Perdana Menteri kelima, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi akan diadakan sehingga esok.

Mengenang Tun Abdullah Ahmad Badawi: 'Penghormatan terakhir yang penuh tertib dan penghargaan' - Khairy
Khairy menyifatkan urusan pengebumian Allahyarham Tun Abdullah berjalan lancar dan penuh ketenangan hasil kerjasama pelbagai pihak termasuk rakyat Malaysia.

Mengenang Tun Abdullah Ahmad Badawi: Sumbangan Pak Lah kepada pembangunan ekonomi
Negara dikejutkan dengan berita pemergian Perdana Menteri Malaysia kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi yang menghembuskan nafas terakhir pada jam 7.10 malam di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur.

Mengenang Tun Abdullah Ahmad Badawi: PM zahir ucapan takziah
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah atas pemergian bekas Perdana Menteri Malaysia kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi, di Institut Jantung Negara, pada Isnin.

KJ beri bayangan kembali ke Parlimen atau BN dalam iklan raya?
Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin memberi bayangan akan kembali kepada UMNO.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

Zaid cadang KJ sertai Pas kerana UMNO sudah tiada masa depan
Zaid turut menolak idea jika Khairy mahu menubuhkan parti politik baharu kerana bakal berdepan laluan sukar.