awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UK gesa ibu bapa bincang bahaya kandungan toksik dalam talian dengan anak-anak
Trump bantah pengilhakan Israel ke atas Tebing Barat yang diduduki - White House
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Politeknik Port Dickson bakal dijadikan PKRC semula jika kes meningkat - Exco

Bernama
Bernama
19/05/2021
14:44 MYT
COVID-19: Politeknik Port Dickson bakal dijadikan PKRC semula jika kes meningkat - Exco
S. Veerapan berkata ia bertujuan menampung pesakit wabak itu selain wad ICU di hospital COVID-19 di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ), Seremban yang hampir mencapai tahap maksimum. - BERNAMA
SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan bersedia menjadikan Politeknik Port Dickson sebagai Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah COVID-19 (PKRC) sekali lagi sekiranya berlaku peningkatan kes wabak tersebut di negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S. Veerapan berkata ia bertujuan menampung pesakit wabak itu selain wad Unit Rawatan Rapi di hospital COVID-19 di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ), Seremban yang hampir mencapai tahap maksimum.
"Selain HTJ, Hospital Tampin juga digunakan untuk menempatkan pesakit COVID-19 manakala Hospital Rembau kini tidak lagi menempatkan pesakit COVID-19, sebaliknya hanya merawat pesakit biasa.
"Oleh itu, sekiranya ada keperluan dan jika kes bertambah, kita siap sedia buka semula pusat itu (Politeknik Port Dickson) sebagai pusat kuarantin," katanya menerusi siaran langsung di laman Facebook rasminya hari ini.
Pada 14 Nov tahun lepas, Politeknik Port Dickson pernah dijadikan PKRC dan mampu menempatkan sehingga 900 pesakit COVID-19 sebelum ditamatkan operasi pada Januari lepas, katanya.
Hari ini, Negeri Sembilan merekodkan 189 kes baharu COVID-19 menjadikan jumlah kumulatif wabak itu di negeri ini sebanyak 21,213 kes.
Dalam pada itu, beliau berkata program saringan wabak itu kepada rakyat negeri ini perlu dipertingkatkan selain melaksanakan ujian massa COVID-19 di kawasan berisiko bagi menangani penularan jangkitan wabak tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#PKRC
#operasi
#kesihatan
#politeknik
#politeknik pd
#Port Dickson
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan