KUALA LUMPUR:Cadangan pemotongan gaji menteri Kabinet sebanyak 30 peratus dilihat tidak akan membantu kurangkan beban kerajaan dalam tempoh berdepan dengan pandemik COVID-19.
Pensyarah Pengajian Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi UiTM, Mujibu Abd Muis berpendapat bahawa ia bukan satu cadangan yang baik untuk merancakkan semula ekonomi negara dan membasmi wabak COVID-19.
“Kalau kita melihat keadaan semasa, ada negeri-negeri malah meningkatkan gaji Exco negeri dan sebagainya atas alasan tertentu.
“Namun, kalau dilihat secara umum, mungkin dalam konteks ini Tun Mahathir melihat gaji itu perlu dipotong kerana ini merupakan Kabinet yang memiliki saiz menteri yang paling besar.
“Secara umum, ia bukan sesuatu yang baik untuk membasmi COVID dan merancakkan kembali ekonomi yang terkesan,” kata Mujibu kepada Astro AWANI pada Khamis.
Terdahulu, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika membahaskan Rang Undang-undang Pembekalan (Belanjawan) 2021, di Dewan Rakyat pada Khamis bersetuju dengan cadangan supaya gaji menteri dipotong sebanyak 30 peratus.
Ahli Parlimen Langkawi itu berkata beliau yakin setiap menteri tidak akan kebuluran sekiranya cadangan itu dilaksanakan.
BACA: Tun M setuju potong 10 peratus pencennya untuk bantu golongan hilang pendapatan
Bagaimanapun, Mujibu berkata sekiranya menteri Kabinet sudi menerima cadangan pemotongan gaji tersebut, ia menunjukkan teladan yang baik kepada rakyat.
“Setakat memotong gaji sebagai jalan penyelesaian, ia tidak membawa ke mana-mana kerana banyak lagi perkara yang perlu dilakukan yang sebenarnya mampu untuk membawa negeri keluar daripada masalah yang dihadapi sekarang.
“Namun, ia boleh jadi teladan kepada menteri dan menunjukkan satu kepimpinan bahawa mereka bersama-sama rakyat dalam situasi yang sukar ini,” katanya.
Isabelle Leong
Thu Nov 12 2020
Pensyarah Pengajian Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi UiTM, Mujibu Abd Muis berkata sekiranya menteri Kabinet sudi menerima cadangan pemotongan gaji tersebut, ia menunjukkan teladan yang baik kepada rakyat. - Gambar fail/BERNAMA
Tesla perkenal teksi robot dipandu sendiri sepenuhnya
Ketua Pegawai Eksekutif Tesla Elon Musk memperkenalkan "Cybercab", sebuah teksi robot berautonomi sepenuhnya yang direka tanpa stereng atau pedal minyak, dengan pengeluaran dijadualkan bermula sebelum 2027.
2 orang maut, lebih 30 dibawa ke hospital akibat hidu gas
Sekurang-kurangnya dua pekerja maut, lebih 30 orang dibawa ke hospital akibat terhidu gas hidrogen sulfida yang bocor di sebuah kilang penapisan minyak di Houston, Amerika Syarikat pada khamis.
Organisasi Jepun, Nihon Hidankyo pemenang Nobel Keamanan 2024
Usaha kumpulan itu berjaya memaparkan kepada dunia bahawa senjata nuklear tidak patut digunakan lagi melalui testimoni, kisah atau pengalaman mangsa yang terselamat.
Seorang maut,lebih 12 orang terperangkap dalam lif diselamatkan
Seorang maut manakala 12 orang yang terperangkap di bawah tanah sedalam 300 meter selama 6 jam pada Khamis di kawasan bekas lombong emas Mollie Kathleen, Colorado, Amerika Syarikat (AS) telah diselamatkan.
Pemilik suara doraemon, Nobuyo Oyama tutup usia
Nobuyo Oyama, pelakon suara yang terkenal kerana memainkan watak utama dalam siri anime Jepun popular "Doraemon" meninggal dunia pada usia 90 tahun, menurut agensinya pada Jumaat, lapor Agensi Berita Kyodo.
PM gesa Timor-Leste dimasukkan dalam ASEAN
Timor-Leste perlu dimasukkan sebagai anggota penuh dalam blok ASEAN bagi memperluaskan dan mengembangkan ekonomi serantau.
ASEAN-China setuju selesai konflik Laut China Selatan melalui jalur diplomatik
Kedua-dua ASEAN dan China bersetuju untuk menyelesaikan konflik di Laut China Selatan, yang sekian lama menimbulkan ketegangan di rantau Asia Tenggara, melalui jalur diplomatik.
Enggan terima memorandum, MAPIM kecam sikap Kedutaan AS
Tindakan kali ini menunjukkan Amerika Syarikat sudah ‘kecut dan terdesak’, tidak tahu bagaimana untuk berdepan dengan pihak yang menentang kezaliman rejim Zionis.
[TERKINI] Malaysia gesa Majlis Keselamatan PBB Jamin keselamatan anggota UNIFIL
Malaysia menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengambil langkah sewajarnya untuk menjamin keselamatan anggota Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIFIL) susulan serangan rejim Zionis ke atas ibu pejabat pasukan itu di Naquora, Lubnan pada 10 Oktober.
Pelajar Tingkat 4 hilang ditemui selamat
Polis mengesahkan seorang pelajar perempuan tingkatan empat yang hilang selepas tidak pulang dari sekolah di Jalan SS17, Subang Jaya pada Khamis sudah ditemui.
COVID 19: Peniaga bebas, lepas tuduhan sebar berita palsu
COVID 19: PENIAGA BEBAS, LEPAS TUDUHAN SEBAR BERITA PALSU
Persidangan Kesejahteraan Mental dan Pemerkasaan Wanita bertujuan tingkat kesedaran - Nancy
Persidangan Antarabangsa mengenai Kesejahteraan Mental dan Pemerkasaan Wanita Khamis ini bertujuan meningkatkan kesedaran.
Pusat Kawalan Penyakit Negara dijangka siap sepenuhnya 2026
Pembinaan Pusat Kawalan Penyakit Negara (NCDC) kini mencapai 45 peratus kemajuan dan dijangka siap sepenuhnya pada Julai 2026.
Rai ulang tahun ke-125, alumni Convent Bukit Nanas anjur majlis makan malam 2 November
Sejak pandemik COVID-19 bermula, Persatuan Alumni Convent Bukit Nanas (CBN) memulakan inisiatif memberi sokongan kepada pelajar terkesan dengan melancarkan program bantuan untuk pelajar B40.
Felda mahu pupuk hubungan perniagaan Malaysia dan Indonesia
Felda bersedia untuk menghubungkan syarikat Malaysia, khususnya unit perniagaannya dengan firma dalam KEIND untuk meneroka peluang baharu di kedua-dua negara dan antarabangsa.
COVID-19 jejas kemajuan dalam mengurangi kemiskinan - KRI
Kemiskinan mutlak meningkat dari 2019 hingga 2022, terutamanya dalam kalangan isi rumah bandar, menokok kepada 4.5 peratus menjelang 2022 berbanding hanya 3.8 peratus pada 2019.
Invest Malaysia Iskandar 2024: Gerbang pertumbuhan ekonomi Asia Tenggara
Menjelang Invest Malaysia Iskandar 2024 esok, jangkaan semakin meningkat untuk acara penting ini yang telah meletakkan kedudukannya sebagai platform utama dalam membentuk masa depan pelaburan.
Perintah Mahkamah Majistret halang Siti Kasim daripada perhimpunan 2022 adalah sah
Hakim memutuskan perintah itu dikeluarkan untuk mengawal atau mencegah penyebaran virus COVID-19 pada masa itu.
Amazon arahkan pekerja kembali bekerja di pejabat lima hari seminggu
Pekerja Amazon diarah kembali bekerja sepenuh masa di pejabat, dengan menekankan kepentingan bekerja secara bersemuka.
Makanan tradisional Bajau Seri Semporna ubati kerinduan perantau
Meskipun nasib tidak menyebelahi Azreena apabila terpaksa menutup restoran ketika musim pandemik, setahun kemudian mereka mampu bangkit kembali.