awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bukan Jamilah tapi Pak Su Ammara, Que Haidar kembali jadi ‘lead’ untuk drama bersiri selepas 16 tahun
Nama anak boleh ditolak JPN? Fakta penting dan mengejutkan yang mama papa wajib tahu
Perkembangan pengoperasian LRT3 dimaklumkan sekitar Januari 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Presma mohon kerajaan selaraskan waktu perniagaan restoran

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
21/03/2020
12:36 MYT
COVID-19: Presma mohon kerajaan selaraskan waktu perniagaan restoran
Datuk Jawahar Ali berkata, waktu yang dilihat bersesuaian untuk beroperasi adalah daripada jam 6 pagi hingga 12 tengah malam. - Foto Facebook/JawaharAli
Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) meminta supaya kerajaan menyelaraskan waktu operasi perniagaan restoran di seluruh negara di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Presidennya, Datuk Jawahar Ali berkata waktu yang dilihat bersesuaian untuk beroperasi adalah daripada jam 6 pagi hingga 12 tengah malam.
“Presma juga mengambil kira faktor kesihatan pelanggan dan risiko yang menanti jika terdedah kepada tempat terbuka yang dikhuatiri membawa kepada jangkitan COVID-19.
“Selain itu Presma juga prihatin kepada peniaga yang tentunya mengalami kerugian dalam tempoh PKP ini. Tapi kesejahteraan rakyat juga perlu diberikan keutamaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Justeru, beliau berharap Kerajaan akan mempertimbangkan cadangan tersebut untuk dikuatkuasakan serta merta.
Sehingga kini, terdapat beberapa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Kerajaan Negeri memutuskan untuk menghadkan waktu operasi perniagaan termasuk restoran dan gerai makan.
Di peringkat persekutuan, restoran dan gerai makan yang terletak dalam kategori bekalan makanan adalah antara sektor yang dikecualikan daripada perintah tersebut.
Topic Berkaitan
#gerai makan
#Jawahar Ali
#Kedai makan
#KPK
#peniaga
#perintah kawalan pergerakan
#restoran
#tempoh operasi restoran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan