awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua PBB sambut baik gencatan senjata Syria-YPG
AFC mula ‘masuk’ FAM Selasa ini
3,164 sekolah kurang murid dikesan setakat November 2025 - Wong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Rakyat Terengganu digesa patuhi SOP walaupun kes menurun

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
03/07/2021
23:33 MYT
COVID-19: Rakyat Terengganu digesa patuhi SOP walaupun kes menurun
Sepanjang PKP 3.0, lebih 100 keping kompaun telah dikeluarkan melibatkan pelbagai kesalahan termasuk gagal mematuhi SOP yang ditetapkan. - Astro AWANI
KEMAMAN: Meskipun jumlah kes COVID-19 di Terengganu merekodkan angka dua digit, namun itu bukanlah alasan untuk masyarakat tidak mematuhi prosedur standard operasi (SOP) yang telah ditetapkan.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata menerusi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, tidak memakai pelitup muka dan berkumpul beramai-ramai antara kesalahan paling tinggi yang direkodkan di daerah itu.
Katanya sepanjang tempoh itu juga, lebih 100 keping kompaun telah dikeluarkan melibatkan pelbagai kesalahan termasuk gagal mematuhi SOP yang ditetapkan.
"Tidak pakai pelitup muka di kawasan terbuka, berkumpul beramai-ramai merupakan kesalahan. Ketiga membawa penumpang melebihi jumlah yang dibenarkan.
"Kalau ada isu kecemasan, hanya dibenarkan dua orang tetapi mereka membawa lebih dari 3 orang, ada yang membawa hingga 5 orang," katanya.
Beliau berkata jika sebelum ini kegiatan merentas negeri dan daerah termasuk menggunakan laluan tikus antara kesalahan yang tinggi dikesan.
Namun kini trend berkenaan telah berubah menerusi pendekatan yang dilakukan termasuk menutup laluan tikus daripada dicerobohi.
Hanyan berkata pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang dikesan melakukan pelbagai kesalahan termasuk dadah dan jenayah.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#SOP
#PKP
#kompaun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan