awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Sabah sedia ambil tindakan berhubung ahli tabligh dari Tawau - Shafie

Ruzaini Zulkepli
Ruzaini Zulkepli
12/03/2020
05:37 MYT
COVID-19: Sabah sedia ambil tindakan berhubung ahli tabligh dari Tawau - Shafie
Menurut Shafie, pihaknya telah memaklumkan perkara itu kepada polis dan Setiausaha Kerajaan Negeri untuk membuat tindakan lanjut. - Gambar fail
Kerajaan Negeri Sabah sudah mengambil maklum berhubung sekumpulan tabligh dari Tawau yang disyaki mempunyai kaitan dengan COVID-19 baru-baru ini.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, pihaknya telah memaklumkan perkara itu kepada polis dan Setiausaha Kerajaan Negeri untuk membuat tindakan lanjut.
"Kita kena pastikan dikuarantinkan sekiranya mereka berasal di peringkat negeri Sabah dan keadaan ini kalau mereka datang daripada tempat-tempat tertentu maka kita gunakan templat sama yang ada dasar.
" Prosedur yang kita telah nyatakan bagaimana untuk membendung perkara ini ... alhamdulillah negeri Sabah setakat ini walaupun kita banyak terima banyak pelancong daripada China," katanya.
BACA: COVID-19: KKM jejaki 5,000 jemaah tabligh Masjid Sri Petaling
Terdahulu semalam, Astro AWANI melaporkan seramai 350 ahli tabligh sekitar daerah Tawau, Sabah yang menghadiri perhimpunan di Masjid Sri Petaling pada 27 Februari hingga 1 Mac lalu digesa melakukan saringan kesihatan di Klinik Kesihatan Jenis 2, Jalan Chong Thien Vun.
Setakat ini, seorang lelaki berusia 58 tahun dipercayai merupakan kontak rapat dengan lelaki warga Brunei positif COVID-19 selepas menyertai perhimpunan itu telah dikuarantin di Hospital Tawau.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#kerajaan
#kesihatan
#Mohd Shafie Apdal
#perhimpunan
#tabligh
#Tawau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan