awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
SHMMP: KPDN Pulau Pinang tempatkan 137 pegawai penguat kuasa, 60 pegawai pemantau
Tiga empangan di Pulau Pinang catat kapasiti lebih 90 peratus menjelang musim kering
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Sabah sedia sekat penerbangan jika perlu - Masidi

Syah Hairizal Kamalul Arifin
Syah Hairizal Kamalul Arifin
06/01/2021
13:35 MYT
COVID-19: Sabah sedia sekat penerbangan jika perlu - Masidi
Masidi berkata kerajaan telah bersedia dengan tindakan susulan seperti menyekat sementara penerbangan susulan peningkatan kes positif COVID-19 di negeri itu. - Gambar fail
KOTA KINABALU:Kerajaan akan mempertimbangkan langkah untuk menyekat sementara perjalanan dari atau ke Sabah jika kes jangkitan COVID-19 meningkat.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun, berkata kerajaan telah bersedia dengan tindakan susulan seperti menyekat sementara penerbangan susulan peningkatan kes positif COVID-19 di negeri itu.
"Kerajaan sememangnya telah bersedia dengan beberapa pilihan bagi mengekang penularan wabak COVID-19 di Sabah.
"Jika dilihat kepada peningkatan kes yang ada ketika ini kerajaan mungkin akan menimbangkan pilihan tersebut jika perlu.
"Sebab itu saya tegaskan agar semua pihak mengelakkan menghadiri atau menganjurkan sebarang aktiviti sosial bagi mengelakkan penyebaran wabak inI," katanya ketika sesi sidang media maya kemas kini harian COVID-19 Sabah di Kota Kinabalu pada Rabu.
Menjawab pertanyaan berkenaan kes jangkitan melibatkan petugas kesihatan di Hospital Queen Elizabeth II, Masidi berkata pihaknya masih menjalankan siasatan.
"Berkenaan kes jangkitan tersebut saya telah merujuk perkata tersebut kepada Jabatan Kesihatan Negeri Sabah.
"Apa yang boleh saya kongsikan adalah, pihak JKNS masih lagi menjalankan siasatan berkenaan kes jangkitan tersebut dan sebarang kemas kini akan dimaklumkan kelak."katanya.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Masidi Manjun
#kes jangkitan
#petugas kesihatan
#Jabatan Kesihatan Negeri Sabah
#JKNS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan