awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Xi Jinping hubungi Trump selepas perbincangan maya dengan Putin
141 kes buang sampah di bawah Akta 672 terima izin mendakwa - SWCorp
Selangor FC sahkan tempat ke separuh akhir Kejuaraan Kelab ASEAN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Sarawak catat 121 kes, Sibu kembali rekod kes tertinggi

Syafik Shukri Jalil
Syafik Shukri Jalil
02/02/2021
09:42 MYT
COVID-19: Sarawak catat 121 kes, Sibu kembali rekod kes tertinggi
Antara lain, daerah Sarikei kembali dikategorikan sebagai zon kuning selepas hanya merekodkan 15 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari lepas. FOTO: Astro AWANI
KUALA LUMPUR:Daerah Sibu hari ini kembali merekodkan pertambahan kes positif COVID-19 tertinggi di Sarawak dengan 37 kes pada Selasa.
Manakala Miri merekodkan pertambahan 25 kes diikuti Kapit (21), Dalat (10), Bintulu (9), Bukit Mabong (4), Kuching, Song dan Beluru (tiga), Serian (dua) manakala satu kes di Sarikei, Kanowit, Julau dan Selangau.
Menerusi kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Kluster Pasai di Sibu terus mencatat peningkatan kes tertinggi dengan 32 kes.
“Setakat ini, jumlah keseluruhan kes positif kluster ini meningkat kepada 2,001 kes. Sejumlah 22,500 individu telah disaring dengan 19,853 disahkan negatif manakala 646 masih menunggu keputusan ujian makmal,” kata kenyataan itu.
Dua kluster di Miri iaitu Kluster Rakut dan Jelita juga mencatatkan pertambahan dua kes positif manakala sembilan kluster lain tidak merekodkan sebarang pertambahan.
Selain itu, 148 kes dilaporkan pulih dan dibenarkan discaj melibatkan 101 kes di Hospital Sibu, Hospital Bintulu (18), Hospital Umum Sarawak (15), Hospital Miri (10) dan Hospital Sarikei (empat).
“Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 yang pulih dan dibenarkan discaj meningkat kepada 2,985 kes bersamaan 63.84 peratus dari jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Sarawak,” tambah kenyataan itu.
Antara lain, daerah Sarikei kembali dikategorikan sebagai zon kuning selepas hanya merekodkan 15 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari lepas.
Topic Berkaitan
#COVID-19 di Sarawak
#kes terkini di Sibu
#kes tertinggi di Sarawak
#kluster aktif di Sarawak
#Kluster Pasai di Sibu
#zon kuning di Sarawak
#zon merah di Sarawak
#JPBN Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan