awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ahli akademik Switzerland minta penamatan perjanjian penyelidikan dengan Israel
Rumah Mesra Rakyat lambang simbol kestabilan hidup, masa depan lebih terjamin
Perbuatan sabotaj sasar rangkaian kereta api di Itali
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Sarawak lapor kes tiga angka untuk tiga hari berturut-turut

Syafik Shukri Jalil
Syafik Shukri Jalil
13/01/2021
09:39 MYT
COVID-19: Sarawak lapor kes tiga angka untuk tiga hari berturut-turut
Antara lain, 597 kes masih menerima rawatan melibatkan 296 kes di Hospital Sibu, Hospital Miri (181), Hospital Umum Sarawak (93) dan Hospital Bintulu (27).
KUALA LUMPUR:Sarawak hari ini melaporkan pertambahan 166 kes positif COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes di negeri itu meningkat kepada 1,740 kes.
Sibu terus mencatat bilangan kes tertinggi dengan 94 kes diikuti Miri (48), Kuching (15), Beluru (4), Bintulu (3) manakala Belaga dan Samarahan masing-masing satu kes.
Menerusi kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak pada Rabu, Kluster Pasai di Sibu melaporkan pertambahan kes tertinggi dengan 92 kes hari ini.
“Kluster Pasai setakat ini mencatat 284 kes positif termasuk 92 kes baharu yang dilaporkan.
“1,245 individu telah disaring dan 850 disahkan negatif manakala 111 individu masih menunggu keputusan ujian makmal,” kata kenyataan itu.
Selain itu, Sibu, Miri dan Kuching kekal berada dalam zon merah manakala Sebauh satu-satunya daerah dikategorikan dalam Zon Jingga dengan 21 kes direkodkan dalam tempoh 14 hari lepas.
Manakala sembilan daerah masih dalam Zon Kuning menyaksikan Dalat dengan bilangan kes positif tertinggi iaitu 19 kes yang masih aktif dalam rawatan.
Antara lain, 597 kes masih menerima rawatan melibatkan 296 kes di Hospital Sibu, Hospital Miri (181), Hospital Umum Sarawak (93) dan Hospital Bintulu (27).
Topic Berkaitan
#kes positif di Sarawak
#kluster aktif di Sarawak
#jumlah kes positif di Sibu
#kes harian COVID-19 di Sarawak
#Kluster Pasai di Sibu
#kawasan zon merah di Sarawak
#JPBN Sarawak
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan