MALAYSIA
COVID-19: Sembilan kematian baharu direkod, empat BID

Empat daripada sembilan kes kematian yang dilaporkan setakat malam tadi, berlaku di luar hospital. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sembilan kematian baharu akibat jangkitan COVID-19 setakat tengah malam tadi.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini sebanyak 32,065 orang, daripada 2.95 juta kes positif COVID-19 yang dikesan di negara ini.
Menurut data KKM di portal COVIDNOW, empat daripada sembilan kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).
Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu.Ini berikutan proses pengesahan sama ada pesakit COVID-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa.
Sementara itu, terdapat 94,515 kes aktif COVID-19 di seluruh negara.
Daripada jumlah itu, 83,906 individu atau 88.8 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.
Seramai 5,405 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).
Sebanyak 5,057 kes dirawat di hospital dan 147 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).
Kes ICU membabitkan 68 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 79 lagi memerlukan mesin ventilator.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami