KUALA LUMPUR:Sehingga 7 Januari 2021, terdapat sebanyak 570 kluster telah dilaporkan termasuk sembilan kluster baharu pada hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Sembilan kluster yang disahkan pada Khamis itu, melibatkan Johor, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Sarawak. 

Ini perincian kluster baharu :- 

1. KLUSTER SENAI MURNI

- Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai di Johor.
- Kes-kes dilaporkan positif bermula pada 31 Disember melalui saringan bersasar di tempat kerja.
- Sehingga 7 Januari 2021, sejumlah 190 individu telah disaring, di mana 66 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.


2. KLUSTER TAPAK BINA HARTAMAS

- Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor.
- Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 7 Januari 2021 melalui saringan bersasar di sebuah tapak binaan.
- Sehingga 7 Januari 2021, sejumlah 205 individu telah disaring, di mana 48 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.


3. KLUSTER DAMAI PELANGI

- Kluster ini melibatkan sebuah pusat tahanan di daerah Hulu Selangor di Selangor.
- Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 18 Disember 2020 melalui saringan tahanan.
- Sehingga 7 Januari 2021, sejumlah 871 individu telah disaring, di mana 21 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.


4. KLUSTER TAPAK BINA JALAN IPOH

- Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kepong di Kuala Lumpur.
- Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 7 Januari 2021 melalui saringan bersasar di sebuah tapak binaan.
- Sehingga 7 Januari 2021, sejumlah 570 individu telah disaring, di mana 98 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.


5. KLUSTER RUNGKUP

- Kluster ini melibatkan daerah Kepong di Kuala Lumpur.
- Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-114,459) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 1 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala.
- Sehingga 7 Januari 2021, sejumlah 67 individu telah disaring, di mana 20 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.


6. KLUSTER DESA SETAPAK

- Kluster ini melibatkan daerah Titiwangsa di Kuala Lumpur.
- Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-116076) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 2 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala.
- Sehingga 7 Januari 2021, sejumlah 25 individu telah disaring, di mana 15 kes telah
dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.


7. KLUSTER JALAN JAYA

- Kluster ini melibatkan daerah Cheras di Kuala Lumpur.
- Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-114,380) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 1 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala.
- Sehingga 7 Januari 2021, sejumlah 45 individu telah disaring, di mana tujuh kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.


8. KLUSTER ZIARAH PUTRA

- Kluster ini melibatkan Putrajaya.
- Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-120,815) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 4 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala.
- Sehingga 7 Januari 2021, sejumlah 29 individu telah disaring, di mana tujuh kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.


9. KLUSTER KERANJI TABUAN

- Kluster ini melibatkan daerah Kuching di Sarawak.
- Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-122776) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 5 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala.
- Sehingga 7 Januari 2021, sejumlah 54 individu telah disaring, di mana enam kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

BACA: COVID-19: 3,027 jangkitan baharu, 8 kematian dilaporkan

BACA: COVID-19: Jumlah kes aktif kini lepasi 25,000, ini perincian sidang media KKM