awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Sembilan kluster baharu direkodkan, tiga kluster disahkan tamat

Fareez Azman
Fareez Azman
28/02/2021
10:54 MYT
COVID-19: Sembilan kluster baharu direkodkan, tiga kluster disahkan tamat
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan sebanyak sembilan kluster baharu dikesan, manakala tiga kluster sedia ada disahkan tamat pada Ahad. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan sebanyak sembilan kluster baharu direkodkan pada 28 Februari 2021 menjadikan keseluruhannya sebanyak 491 kluster yang aktif setakat ini.
Menurut Ketua Pengarahnya, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kesemua kluster terbabit melibatkan kluster tempat kerja di Johor, Selangor, Wilayah Persekutuan dan Pulau Pinang.
"KKM ingin memaklumkan terdapat sembilan kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini dan kesemua kluster ini berkaitan tempat kerja.
Kluster-kluster tersebut adalah Kluster Jalan Timah Tiga, Kluster Jalan Tanjung Empat, Kluster Jalan Desa Tropika dan Kluster Batu Empat di Johor.
Kluster Perusahaan Jalan Bukit, Kluster Industri Waja dan Kluster Jalan Selisik di Selangor.
"Turut direkodkan Kluster Tapak Bina Bukit Kiara di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur; dan Kluster Jalan Sungai Baong di Pulau Pinang," katanya dalam kenyataan media pada Ahad.
Tambah Dr Noor Hisham, sebanyak tiga kluster disahkan tamat iaitu Kluster Jalan Rami Tiga, Kluster Lingkaran Maluri dan Kluster Sri Plentong menjadikan jumalh kluster yang tamat sebanyak 647 kluster.
Sehingga kini, sebanyak 1,138 kluster direkodkan di negara ini sejak Mac tahun lalu.
BACA: Kes COVID-19 cecah 300,000 di Malaysia, 2,437 kes baharu dilaporkan
Topic Berkaitan
#Dr Noor Hisham Abdullah
#KKM
#Kuala Lumpur
#Kementerian Kesihatan
#kesihatan
#Malaysia
#COVID-19
#Kluster tempat kerja
#Kluster baharu
#kluster tamat
#penularan
#jangkitan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan