awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan teliti pinda akta tertentu perketat hukuman kes curi kabel - Saifuddin Nasution
Kes kebakaran terbuka di Melaka melonjak lima kali ganda
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Sembilan lagi kluster baharu dikenal pasti

Astro Awani
Astro Awani
18/01/2021
11:41 MYT
COVID-19: Sembilan lagi kluster baharu dikenal pasti
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan berkata, ia melibatkan daerah-daerah di Selangor, Kuala Lumpur, Sabah, Johor, Pahang, dan Negeri Sembilan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti sembilan lagi kluster baharu COVID-19 hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan berkata, ia melibatkan daerah-daerah di Selangor, Kuala Lumpur, Sabah, Johor, Pahang dan Negeri Sembilan.
Berikut senarai sembilan kluster baharu berkenaan:
1. KLUSTER TAMAN TASIK SUNGAI CHUA
- Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. - Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 18 Januari 2021 hasil saringan bersasar di sebuah pasar raya. - Nama kluster merujuk kepada kediaman kes-kes dalam kluster ini iaitu di Taman Tasik Sungai Chua, Kajang, Selangor. - Sehingga 18 Januari 2021, sejumlah 147 individu telah disaring, di mana 60 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
2. KLUSTER KOMPLEKS SEGAMAHA
- Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kinabatangan di Sabah. - Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-152949) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 16 Januari 2021 hasil saringan di tempat kerja. - Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja ladang kelapa sawit di Kompleks Segamaha, Kinabatangan, Sabah. - Sehingga 18 Januari 2021, sejumlah 250 individu telah disaring, di mana 58 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
3. KLUSTER JALAN BUKIT BENDERA
- Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kota Kinabalu, Papar, dan Beaufort di Sabah. - Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke125850) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 7 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. - Kluster ini melibatkan sebuah institusi awam yang terletak di Jalan Bukit Bendera, Kota Kinabalu. - Sehingga 18 Januari 2021, sejumlah 100 individu telah disaring, di mana 20 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
4. KLUSTER JALAN SURIA
- Kluster ini melibatkan sebuah pusat perubatan swasta yang terletak di Jalan Suria, Johor Bahru, Johor. - Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-157417) telah dilaporkan positif COVID19 pada 17 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. - Sehingga 18 Januari 2021, sejumlah 686 individu telah disaring, di mana 24 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
5. KLUSTER TAPAK BINA JALAN NIPAH
- Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. - Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 18 Januari 2021 hasil saringan bersasar di sebuah tapak binaan di Jalan Nipah, Titiwangsa. - Sehingga 18 Januari 2021, sejumlah 517 individu telah disaring, di mana 29 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
6. KLUSTER TAPAK BINA ERA DUTA
- Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. - Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 18 Januari 2021 hasil saringan bersasar di sebuah tapak binaan di Jalan Dutamas, Kepong. - Sehingga 18 Januari 2021, sejumlah 420 individu telah disaring, di mana 20 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
7. KLUSTER PULAU LIMA
- Kluster ini melibatkan daerah Pasir Puteh di Kelantan. - Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-135920) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 10 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. - Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Kampung Pulau Lima, Pasir Puteh, Kelantan. - Sehingga 18 Januari 2021, sejumlah 27 individu telah disaring, di mana sembilan (9) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
8. KLUSTER JALAN TJ
- Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seremban di Negeri Sembilan. - Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-127007) merupakan seorang pekerja kilang yang telah dilaporkan positif COVID-19 pada 7 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. - Nama kluster merujuk kepada lokaliti kilang tersebut di Jalan TJ, Kawasan Perindustrian Tuanku Jaafar. - Sehingga 18 Januari 2021, sejumlah 129 individu telah disaring, di mana 39 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
9. KLUSTER KAFE GENTING
- Kluster tempat kerja ini melibatkan sebuah kafe pusat rekreasi di Genting Highlands, Bentong, Pahang. - Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-118989) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 3 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. - Sehingga 18 Januari 2021, sejumlah 104 individu telah disaring, di mana 31 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.
BACA: COVID-19: 3,306 kes baharu, 4 lagi kematian
Topic Berkaitan
#Kluster baharu
#COVID-19
#Malaysia
#KKM
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Selangor
#Kuala Lumpur
#Sabah
#Johor
#Pahang
#Negeri Sembilan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan