awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Sentiasa patuhi SOP ketika rai Pesta Kaamatan - Joachim

Bernama
Bernama
29/05/2021
22:00 MYT
COVID-19: Sentiasa patuhi SOP ketika rai Pesta Kaamatan - Joachim
Kata Dr Joachim, rakyat disaran agar tidak mengadakan aktiviti perkumpulan secara fizikal seperti berhimpun bersama keluarga dan rakan sepanjang sambutan Pesta Kaamatan. - Twitter@JapenSabah
KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr Joachim Gunsalam mengingatkan rakyat di Sabah agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika meraikan Pesta Kaamatan pada Ahad dan Isnin.
Beliau berkata rakyat disaran agar tidak mengadakan aktiviti perkumpulan secara fizikal seperti berhimpun bersama keluarga dan rakan sepanjang sambutan perayaan itu bagi memastikan COVID-19 tidak menjangkiti orang tersayang.
"Justeru semua masyarakat dijemput untuk menyambut perayaan Kaamatan ini dengan penuh kesederhanaan dan memupuk perpaduan sesama kita... marilah kita tunjukkan semangat ini dengan lebih bekerjasama atau 'mitatabang.'
"Semua pihak harus akur dengan pematuhan SOP yang telah ditetapkan bagi memutuskan penularan wabak COVID-19 dan supaya kadar kes jangkitan tidak bertambah," menurutnya dalam kenyataan pada Sabtu.
Sabah hari ini merekodkan 265 jangkitan baharu menjadikan jumlah kumulatif 61,847 kes manakala kes sembuh dan dibenarkan keluar hospital seramai 153 orang menjadikan jumlah kumulatif pesakit sembuh di Sabah ialah 59,391.
Joachim berkata rakyat seharusnya bersyukur kerana masih berpeluang menyambut Pesta Kaamatan walaupun berdepan cabaran sukar COVID-19.
Datuk Jeffrey Kitingan, yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah, pula menasihati rakyat negeri itu supaya tidak keluar rumah sekiranya tidak perlu berbuat demikian dan sentiasa mematuhi SOP apabila perlu keluar rumah.
"Kerajaan berusaha sedaya upaya untuk mencegah penyebaran COVID-19 sehingga rakyat dapat kembali kepada kehidupan normal, kita semua berhasrat menghidupkan kembali ekonomi Sabah tetapi kita hanya dapat melakukannya jika rakyat selamat," menurutnya dalam kenyataan berasingan.
Sehubungan itu, beliau meminta rakyat bekerjasama dengan kerajaan dalam usaha membendung penularan COVID-19 melalui langkah menjaga disiplin dan mengawal diri serta mematuhi SOP ditetapkan Kementerian Kesihatan.
Katanya sekatan pergerakan penuh yang berkuat kuasa mulai 1 Jun ini akan memberi kesan kepada sektor ekonomi namun langkah itu perlu diambil bagi memutuskan rangkaian penularan COVID-19.
"Kerajaan akan melakukan yang terbaik untuk menyokong dan memberi bantuan kepada rakyat melalui pejabat-pejabat daerah," kata beliau yang turut menggesa rakyat Sabah mendaftar bagi mendapatkan vaksin COVID-19.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pesta Kaamatan
#patuh SOP
#Joachim Gunsalam
#sekatan pergerakan penuh
#jangkitan
#COVID-19
#Kementerian Kesihatan
#vaksin
#Jeffrey Kitingan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan