awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: SMA Sultan Ismail Dungun, Masjid Kampung Paya Resak di Marang ditutup

Bernama
Bernama
08/10/2020
12:08 MYT
COVID-19: SMA Sultan Ismail Dungun, Masjid Kampung Paya Resak di Marang ditutup
Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT) dekat Kampung Laut di sini pula akan ditutup bermula hari ini hingga 15 Okt depan bagi tujuan sama.
KUALA TERENGGANU:Sekolah Menengah Agama Sultan Ismail di Dungun ditutup lapan hari bermula hari ini hingga 15 Okt depan setelah seorang pelajarnya disahkan positif COVID-19.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus berkata ujian saringan akan dilakukan terhadap kontak rapat pelajar berkenaan pagi esok.
"Selain itu, Masjid Kampung Paya Resak di Marang juga turut ditutup mulai hari ini kerana terdapat pesakit COVID-19 telah menunaikan solat Jumaat di masjid itu pada 2 Okt lepas.
Masjid itu ditutup selama tiga hari hingga Sabtu ini (10 Okt). Aktiviti nyah kuman akan dilakukan sepanjang proses penutupan di kedua-dua premis tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
SMA Sultan Ismail adalah sekolah keempat ditutup di Terengganu selepas Sekolah Kebangsaan (SK) Kompleks Seberang Takir dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kompleks Seberang Takir di Kuala Nerus (5 Okt) dan SK Padang Kemunting (2 Okt) berikutan kes positif COVID-19 dikesan dipremis terbabit.
Sementara itu Dr Nor Azimi berkata pihaknya mengarahkan sebanyak 16 premis ditutup sementara bagi tempoh 28 Sept hingga 6 Okt lepas penutupan membabitkan empat premis perniagaan, tiga sekolah, tiga klinik swasta, tiga kedai makan, dan masing masing satu masjid, tabika dan surau bagi mencegah penularan wabak itu.
Sementara itu, Pengarah Muzium Negeri Terengganu, Che Muhamad Azmi Ngah berkata sembilan galeri pameran di Muzium Negeri Terengganu ditutup bermula Sabtu ini hingga Khamis depan bagi kerja-kerja pembersihan dan aktiviti disinfeksi dilakukan.
Beliau berkata Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT) dekat Kampung Laut di sini pula akan ditutup bermula hari ini hingga 15 Okt depan bagi tujuan sama.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SMA Sultan Ismail
#terengganu
#tutup
#COVID-19
#masjid kampung paya resak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan