awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
Semua tiket bas ekspres di TBS wajib ada kod QR, tidak perlu lagi tukar, cetak
Iran sedia untuk diplomasi, namun ada prinsip sendiri - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: SMK Wira Penrissen diarah tutup untuk pembersihan, nyahkuman

Nuzuluddin Abdul Razak
Nuzuluddin Abdul Razak
26/10/2020
03:58 MYT
COVID-19: SMK Wira Penrissen diarah tutup untuk pembersihan, nyahkuman
Seorang pelajar SMK Wira Penrissen bersama ibu dan ayahnya positif COVID-19 melalui saringan kontak kepada kes dalam kelompok kluster Baki. - Foto: Astro AWANI
KUCHING:Sekolah Menengah Kebangsaan Wira Penrissen ditutup tujuh hari selepas salah seorang pelajar sekolah berkenaan didapati positif Covid-19.
Dalam satu kenyataan, Pengarah Pendidikan Negeri Sarawak, Abang Mat Ali Abang Masagus memberitahu sekolah tersebut akan ditutup bermula hari ini, 26 Oktober sehingga 1 November 2020.
Jelasnya, pihak sekolah disarankan untuk bekerja dari rumah dan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran mengikut kesesuaian dan keupayaan kepada akses komunikasi murid sepanjang tempoh penutupan sekolah.
Keputusan itu juga dibuat dengan merujuk kepada keputusan Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang memaklumkan mana-mana sekolah di seluruh negara yang mempunyai kes positif COVID-19 perlu ditutup dalam tempoh tujuh hari tanpa menunggu analisis risiko oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Sementara itu, berdasarkan laporan harian Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) bertarikh 25 Oktober, ibu, ayah dan pelajar berkenaan didapati positif COVID-19 melalui saringan kontak kepada kes positif COVID-19 dalam kelompok kluster Baki, Kuching.
Baca: Satu lagi kluster baharu, 16 kes positif COVID-19 di Sarawak
Kes ke-788, 789, dan 790 ini mempunyai sejarah menghadiri perhimpunan keluarga bersama kes ke-768, dan 770 pada 4 hingga 5 Oktober 2020.
Penambahan tiga kes ini menjadikan jumlah kes positif melibatkan kluster baki meningkat kepada lapan orang termasuk kes indeks.
Setakat 12 tengahari Ahad, 691 individu telah disaring semasa aktiviti pengesanan kes aktif (ACD) oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) di Kampung Haji Baki.
Kesemua individu yang disaring masih menunggu keputusan ujian makmal.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Sarawak
#Penrissen
#SMK Wira Penrissen
#sekolah
#Kuching
#KKM
#pelajar
#Kementerian Kesihatan
#kesihatan
#perhimpunan
#Majlis Keselamatan Negara
#kes positif
#pengajaran dan pembelajaran
#pendidikan
#keluarga
#Malaysia
#keselamatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan