awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: SOP dilaksanakan perlu konsisten dan seragam- Lam Thye

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
12/05/2021
04:08 MYT
COVID-19: SOP dilaksanakan perlu konsisten dan seragam- Lam Thye
Pihak berkuasa perlu memastikan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) konsisten dan diseragamkan antara semua daerah dalam negara. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa perlu memastikan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang konsisten dan diseragamkan antara semua daerah dalam negara.
Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, ia termasuk keseragaman SOP antara Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang perlu dipastikan tidak berlainan dengan SOP sedia ada.
"Apabila pihak berkuasa menetapkan SOP ini, pihak berkuasa harus memastikan SOP yang ditentukan ini mesti konsisten dan seragam kerana kita tidak hendak lihat SOP ini berlainan.
"Misalnya PBT di sesuatu daerah, dia memperkenalkan SOP, namun SOP itu juga berlainan dengan SOP PBT tempat atau daerah lain," katanya melalui Skype kepada Astro AWANI pada Rabu.
Justeru katanya, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) perlu memastikan semua SOP perlu diberi pertimbangan yang mendalam dengan mengambil kira berlakunya kekeliruan agar ia mendapat sokongan orang ramai.
"Jadi saya rasa konsisten ini penting supaya kita dapat yakinkan masyarakat untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk melaksanakan SOP," ujarnya.
BACA: PKP seluruh negara: Ini 11 perkara penting yang anda perlu tahu
BACA: PKP di seluruh negara mulai 12 Mei hingga 7 Jun
Dalam masa sama,katanya pihak berkuasa perlu mendapat maklum balas daripada pemegang taruh sebelum membincangkan mengenai SOP.
"Ini kerana pada akhirnya pemegang taruh yang mendapat kesan daripada pelaksanaan SOP. Ini perlu diambil kira apabila pihak berkuasa melaksanakan SOP agar ia dilaksanakan dengan parktikal dan tidak menyulitkan orang ramai," tambahnya.
Topic Berkaitan
#Lee Lam Thye
#Astro
#Astro Awani
#SOP
#KKM
#Kementerian Kesihatan
#kesihatan
#keselamatan
#operasi
#Malaysia
#COVID-19
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
#Majlis Keselamatan Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan