KUALA LUMPUR: Ketiadaan tindakan secara bersepadu dan arahan koordinasi daripada peringkat atas sehingga bawah menjadi punca mengapa negara tidak dapat keluar daripada gelombang ketiga COVID-19.
Menurut Ketua Pengurusan Bahagian Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Brigadier Jeneral Dr Mohd Arshil Moideen, ini turut disumbangkan dengan kelewatan dalam kawalan, diagnosis dan pengasingan kes-kes COVID-19.
“Apa yang saya nampak ialah ketiadaan ‘unified action’ dan ‘coordination’ daripada ‘top down’.
"Saya memberi komen daripada sudut pandang profesional di mana ada banyak perkara yang telah diputuskan di Pusat tetapi implementasinya di peringkat setiap negeri lain.
“Begitu juga satu negeri implementasinya di setiap daerah lain, ini yang dapat kita lihat apabila ketiadaan ‘unified action' dan 'coordination’.
“Dalam sebuah peperangan seperti peperangan melawan COVID-19 kita perlu ada satu ‘line of command single standardize strategy’ yang semua boleh ikut,” katanya dalam program AWANI Pagi, pada Sabtu.
Mengulas lanjut, Dr Mohd Arshil berkata, masalah utama turut didorong oleh ketidakpantasan dalam kawalan, diagnosis dan pengasingan kes-kes COVID-19.
“Jika di dalam tentera, kita panggil ‘speed of action military precision’.
"Ini adalah sesuatu yang saya tahu sukar dilakukan kerana sama ada kita ketiadaan sumber atau mungkin kekangan tertentu yang kita faham Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan agensi lain hadapi dan sedang berusaha keras, tetapi inilah hakikatnya.
“Daripada waktu kita contain, diagnosis and isolation, ia memakan masa dan tidak cukup pantas untuk mengekang penularan di kawasan-kawasan kesnya terlalu tinggi,” ujar beliau.
Afiezy Azaman
Sat Jul 10 2021

Dr Mohd Arshil Moideen berkata, dalam sebuah peperangan seperti peperangan melawan COVID-19 kita perlu ada satu line of command single standardize strategy yang semua boleh ikut.

PRK Kemaman: Kemenangan Pas bukan isyarat penolakan Kerajaan Perpaduan - Saifuddin
Saifuddin berkata Kemaman sememangnya sebelum ini disandang oleh calon Perikatan Nasional
eMADANI: Tidak boleh ditebus tunai, waspada scammer - MOF
Kementerian Kewangan (MOF) menasihati orang ramai untuk sentiasa berwaspada dengan tawaran perkhidmatan penebusan tunai (cash-out) atau pemindahan 'peer-to-peer kredit eMADANI oleh pihak tidak bertanggungjawab di platform media sosial.
Mangsa banjir terjejas di Kelantan terus meningkat
Kelantan merupakan satu-satunya negeri yang terjejas disebabkan gelombang banjir ketika ini. Jumlah mangsa banjir setakat 11 pagi Isnin mencatatkan peningkatan kepada 4,641 mangsa.
Model pendapatan wajar harus dipertimbang - Pakar Ekonomi
Penganalisis Ekonomi, Prof. Emeritus Datuk Dr. Zakariah Abdul Rashid menegaskan bahagian pampasan pekerja (atau C-E) kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) mampu ditingkatkan sekiranya perubahan struktur itu turut dilakukan.
Rangka dasar imbangi kewangan negara dan kesejahteraan rakyat
Selain itu, Dr Afzanizam merasakan kerajaan perlu meningkatkan strategi komunikasi untuk mendidik masyarakat tentang rasionalisasi pelaksanaan subsidi bersasar.

Liberalisasi visa China, India: KDN tidak kompromi keselamatan negara - Saifuddin
Kementerian telah ambil langkah persediaan, termasuk keperluan pelancong untuk mengisi kad digital dalam tempoh tiga hari sebelum ketibaan.

Google tangguh pelancaran model AI Gemini ke tahun hadapan
Antara isu yang dihadapi dengan Gemini ialah ia belum mampu memberikan jawapan yang memuaskan kepada soalan yang ditanya bukan dalam Bahasa Inggeris.

Kereta Roy Azman terbakar, isteri dan anak bongsu sempat selamatkan diri
Roy berkongsi hantaran di Instagram, menyaksikan kenderaan miliknya itu sedang dijilat api.
Melaka dipilih sebagai tuan rumah World Tourism Day dan World Tourism Conference 2025.
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berterima kasih atas kepercayaan kerajaan memilih Melaka sebagai tuan rumah bagi World Tourism Day dan World Tourism Conference 2025.
Pantau Belanjawan 2023: COP28 | Credible transition finance for a net zero economy

Op MURNI: ATM tambah baik khidmat bantu mangsa banjir
Walaupun trend banjir Terengganu semakin menurun, Aizuddin berkata, ATM akan terus kekal sedia sekiranya berlaku gelombang seterusnya.

Askar Wataniah diperkasa jadi lebih bersepadu, tangkas dalam ATM
Rejimen Askar Wataniah (AW) akan diperkasakan bagi memastikan menjadi angkatan yang bersepadu, tangkas dan berfokus dalam ketumbukan Angkatan Masa Hadapan (AHM) Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Op Murni: Lebih 18,000 anggota tentera siap siaga hadapi banjir
Sejumlah 18,616 pegawai dan anggota ATM diletakkan dalam keadaan bersiap siaga menerusi 'Op Murni' bagi menghadapi bencana banjir sekiranya diperlukan.

Mindef akan bina lebih 7,000 kediaman di bawah program SASaR
Mindef akan membina lebih 7,300 kediaman di bawah program Satu Anggota Satu Rumah (SASaR) di Kem Wardieburn dan Kem Genting Klang.

Mindef perinci penglibatan veteran ATM dalam PLKN - Adly
Mindef sedang memperincikan pelbagai aspek termasuk jumlah penglibatan veteran ATM) dalam PLKN yang bakal dilaksanakan.

Belanjawan 2024: Mindef perkasa aset pertahanan, tingkat kesejahteraan warga ATM
Mindef akan memberi penekanan terhadap pelaksanaan beberapa perolehan aset baharu dengan memfokuskan pemerkasaan kedaulatan tanah air.

ATM akan distruktur semula sebagai angkatan masa hadapan - PAT
ATM akan distruktur semula menjadi angkatan masa hadapan, dengan kredibiliti menepati kemajuan teknologi, cabaran masa hadapan dan menepati ekspektasi rakyat.

Patuhi undang-undang antarabangsa apabila hantar kapal ke Laut China Selatan - Jen Angus Campbell
Jen Angus Campbell hari ini menyeru negara-negara yang menghantar kapal dan pesawat mereka ke kawasan Laut China Selatan, supaya mematuhi undang-undang antarabangsa.

Lima negara tekan kepentingan FPDA sebagai peraturan pertahanan telus
Kelima-lima negara turut menekankan kepentingan FPDA sebagai peraturan pertahanan yang telus, konstruktif dan aman serta menyumbang kepada landskap keselamatan serantau.

Lebih ramai bukan Bumiputera diseru sertai ATM
Lebih ramai rakyat bukan bumiputera diseru menyertai perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terutamanya dalam pasukan tentera darat, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan.