awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ibu Ziana, Anuar Zain meninggal dunia
Venus Williams, Andrea Preti rai perkahwinan dengan sambutan kedua
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Tiada penutupan klinik kesihatan di sekitar Seremban

Bernama
Bernama
14/03/2020
02:54 MYT
COVID-19: Tiada penutupan klinik kesihatan di sekitar Seremban
Dr Mohammad Faid berkata semua klinik kesihatan di Negeri Sembilan beroperasi seperti biasa. -Foto BERNAMA
Tiada klinik kesihatan ditutup di sekitar Seremban disebabkan kes COVID-19 seperti ditularkan di media sosial Facebook dan WhatsApp, sejak Khamis lalu, kata Pemangku Pengarah Kesihatan negeri Dr Mohammad Faid Abd Rashid.
Beliau menjelaskan semua klinik kesihatan di Negeri Sembilan beroperasi seperti biasa.
Bagaimanapun, katanya terdapat klinik kesihatan di sekitar Seremban terlibat dengan aktiviti persampelan bagi penyakit yang disyaki COVID-19.
"Aktiviti disinfeksi adalah amalan rutin yang dijalankan di semua fasiliti kesihatan untuk mencegah jangkitan silang kepada pesakit lain dan anggota kesihatan.
"Aktiviti disinfeksi biasanya dijalankan selepas waktu operasi klinik kesihatan. Justeru semua klinik kesihatan di Negeri Sembilan beroperasi seperti biasa," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Sehubungan itu, Dr Mohammad Faid meminta semua lapisan masyarakat supaya sentiasa berhati-hati dan tidak menularkan sebarang berita tidak benar yang boleh menimbulkan kebimbangan dalam masyarakat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Facebook
#kesihatan
#Media
#media sosial
#Negeri Sembilan
#operasi
#Seremban
#WhatsApp
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan