awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Hong Kong mula dengar rayuan mitigasi taikun media, Jimmy Lai sebelum hukuman dijatuhkan
Iran isytihar 3 hari berkabung nasional untuk “syuhada” mangsa protes
Syria pulihkan bekalan air ke Aleppo selepas gangguan oleh SDF
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Tiga kes baharu, sembilan pulih, tiada kematian

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
23/06/2020
09:14 MYT
COVID-19: Tiga kes baharu, sembilan pulih, tiada kematian
Dr Noor Hisham berkata kesemua kes baharu adalah kes penularan di dalam negara.
Kes baharu harian COVID-19 di negara ini kembali kepada satu angka dengan tiga kes direkodkan sehingga jam 12 tengah hari Selasa, antara yang terendah sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di negara ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 8,590 kes.
Jelas beliau, kesemua kes baharu adalah melibatkan kes penularan di dalam negara, iaitu masing-masing dua warga asing dan seorang warganegara Malaysia.
Katanya, tiada kes import yang mendapat jangkitan di luar negara dilaporkan pada Selasa.
“Kementerian Kesihatan (KKM) juga ingin memaklumkan bahawa terdapat sembilan kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini (Selasa).
“Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya daripada COVID-19 dan telah discaj dari wad adalah sebanyak 8,186 kes bersamaan 95.3 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 283 kes,” katanya dalam kenyataan media, pada Selasa.
Dalam perkembangan sama, Dr Noor Hisham memaklumkan tiada kematian direkodkan, sekali gus jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di negara ini kekal sebanyak 121 kes atau 1.41 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.
Setakat ini, katanya sebanyak tiga kes positif COVID-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan tiada pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan.
Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:
- Negeri Sembilan: Satu kes daripada Kluster Pedas yang melibatkan warga asing.
- Sabah: Dua kes daripada Kluster MDR yang melibatkan seorang warganegara Malaysia dan seorang warga asing. Mereka merupakan ahli keluarga kepada kes ke-8,506.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Dr Noor Hisham Abdullah
#ICU
#Kementerian Kesihatan
#KKM
#Media
#Noor Hisham Abdullah
#PKPP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan