KUALA LUMPUR:Mana-mana sekolah yang dikesan mempunyai kes positif COVID-19 perlu ditutup selama tujuh hari, tanpa menunggu analisis risiko oleh Kementerian Kesihatan (KKM).
Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan keputusan itu dibuat menerusi Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) Mengenai Pengurusan COVID-19 pagi Jumaat, susulan trend peningkatan kes COVID-19 ketika ini.
"Penutupan ini bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan, disinfeksi dan pengesanan kontak rapat dijalankan oleh KKM.
"Dalam hal ini, sekolah yang mempunyai kes positif COVID-19 perlulah mematuhi garis panduan penutupan sekolah yang akan dikeluarkan oleh KPM," demikian menurut kenyataan KPM, malam tadi.
KPM turut memaklumkan, bagi murid sekolah berasrama penuh di zon merah COVID-19, mereka hendaklah kekal di asrama, manakala murid sekolah berasrama di zon hijau tetapi rumah keluarga di zon merah, juga perlu kekal di asrama.
"Pihak sekolah akan menguruskan keselamatan dan kebajikan murid-murid berkenaan di asrama.
"Dalam tempoh penutupan sekolah ini, pentadbir sekolah diarah memastikan guru serta murid melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah.
"Manual pengajaran dan pembelajaran di rumah boleh dimuat turun di portal rasmi KPM www.moe.gov.my," jelas kenyataan itu.
KPM menegaskan kementerian itu sentiasa memantau situasi penularan wabak COVID-19 yang melibatkan institusi pendidikan di bawah KPM.
Namun, sebarang keputusan termasuk penutupan sekolah yang dibuat KPM adalah berdasarkan penelitian terhadap data serta perbincangan terperinci dengan KKM dan MKN.
Sejak sekolah dibuka semula mulai 24 Jun 2020, sebarang keputusan untuk menutup kelas atau menutup sekolah adalah berdasarkan arahan daripada KKM dan di sepanjang tempoh itu, sekiranya Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) mengesan terdapat kes positif COVID-19 dalam kalangan murid, guru dan warga sekolah, PKD akan membuat analisa risiko secara menyeluruh ke atas jangkitan kes berkenaan.
Sekolah Kebangsaan Presint 8 (1), Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Sekolah Kebangsaan Bangsar, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, diarah tutup mulai Jumaat hingga 16 Okt susulan terdapat kes positif membabitkan warga sekolah itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 09 2020
Mana-mana sekolah yang dikesan mempunyai kes positif COVID-19 perlu ditutup selama tujuh hari, tanpa menunggu analisis risiko oleh Kementerian Kesihatan (KKM). -Gambar fail
Perang Iran-Israel, kesan kepada geopolitik Asia Barat
Dekan Institut Pengajian Siswazah Universiti Islam Melaka, Prof Dr Kamaruzaman Yusoff memberikan analisis semasa mengenai perang Iran dan Israel serta kesannya kepada geopolitik di Asia Barat.
'OIC, UNSC dah tak berguna!' - Pakar tidak tolak kemungkinan Israel serang negara sekutu Iran
Salawati berpandangan tidak mustahil untuk Israel menyerang negara berjiran Iran dengan tanggapan mereka sekutu yang bersekongkol dengan negara itu.
Kampit beras dibuang: SWCorp tutup sementara tapak pelupusan sampah
Penutupan itu dilakukan bagi membolehkan pihaknya melakukan siasatan terhadap pihak terlibat termasuk penyedia tapak pelupusan dan pihak yang membuang sampah di lokasi tersebut.
Negara Islam tiada kuasa campur tangan dari aspek perundangan
Sebaliknya, satu bentuk pakatan seperti Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dalam membawa perubahan dan mengecam apa dilakukan rejim Zionis.
Pemandu lori tolak kekasih dari tingkat 23 diperintah periksa mental
Majistret, Mohamed Redza Azhar Reza memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan daripada peguam, R Sivananthan yang mewakili tertuduh, V Nathan, 37.
Iran buka semula ruang udara, tarik balik sekatan penerbangan
Iran telah menarik balik sekatan penerbangan di seluruh negara, membuka jalan untuk menyambung semula penerbangan berjadual di semua lapangan terbangnya.
iPhone 17 Plus mungkin guna saiz skrin lebih kecil
Apple dilihat benar-benar ingin mengasingkan model Pro Max sebagai model paling mercu dengan ciri eksklusif seperti iPhone 15 Pro Max.
[KOLUMNIS] Veto AS ke atas Palestin: Pengkhianatan terhadap keadilan dan kesaksamaan
CENTHRA berasa amat kecewa dengan tindakan unilateral ini yang menyebabkan AS berdiri sendirian menentang kemasukan Palestin.
'Cukup sekadar boikot, jangan ganas dan melampau' - Na’im Mokhtar
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar, menyarankan semua pihak agar sentiasa menjaga keharmonian dan perpaduan dalam bersolidariti kepada rakyat Palestin.
[TERKINI] Perkembangan terkini perang Iran-Israel
3,038 sekolah kurang murid tahun ini, tiada yang ditutup - Wong
Sebanyak 3,038 sekolah di seluruh negara diklasifikasikan sebagai sekolah kurang murid iaitu kurang daripada 150 pelajar pada tahun ini.
Jabatan Pendidikan Terengganu ingatkan sekolah patuhi arahan KPM
Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu mengingatkan semua sekolah supaya tidak mengadakan sebarang aktiviti luar bilik darjah pada musim panas.
Aspek keselamatan, kesalinghubungan internet intipati perbincangan dua kementerian - Fadhlina
Aspek keselamatan kanak-kanak dalam talian antara dibangkitkan pada perbincangan antara Kementerian Komunikasi dan Kementerian Pendidikan, semalam.
Tiada keperluan beri pihak swasta kendali program Sijil Vokasional Malaysia - KPM
Tiada keperluan untuk pihak swasta mengendalikan program Sijil Vokasional Malaysia (SVM) bagi menampung keperluan buat masa ini.
Sistem PADU penting untuk bantu kerajaaan rangka program manfaatkan rakyat - Mohd Uzir
Keperluan untuk mendaftar dengan sistem PADU penting supaya kerajaan dapat merangka program yang boleh dilaksanakan dengan berkesan bagi memberi manfaat kepada rakyat.
Lebih 20,000 guru baharu dilantik tahun lepas - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) telah melantik 20,171 guru baharu secara lantikan tetap dan kontrak bagi mengatasi isu kekurangan guru di sekolah pada tahun lepas.
Kadar keciciran murid catat trend penurunan - KPM
KPM turut menjalankan program 'outreach' murid cicir di semua Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dengan kerjasama komuniti setempat.
Guru wanita berdepan hukuman jika dakwaan cabul murid benar - Fadhlina
Beliau berkata buat masa ini guru berkenaan tidak dibenarkan berurusan dengan mana-mana murid sehingga siasatan selesai.
Tiada tolak ansur terhadap kesalahan seksual - KPM
KPM memandang serius kes salah laku seksual yang melibatkan guru dan murid seperti yang dilaporkan oleh media.
Kerajaan jamin tiada murid Sekolah Henry Gurney, intergriti terpinggir
Kementerian Pendidikan memberi jaminan murid Sekolah Intergriti dan Sekolah Henry Gurney di negara ini tidak akan terpinggir daripada mendapat mana-mana akses pendidikan terbaik.