awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelaksanaan DRG, pelaburan produk tempatan, MyDigital ID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Ujian saringan besar-besaran, 3,342 individu mungkin positif - MB Selangor

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
12/06/2021
04:15 MYT
COVID-19: Ujian saringan besar-besaran, 3,342 individu mungkin positif - MB Selangor
Seramai 97,565 warga Selangor yang disaring di kesemua 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor setakat 10 Jun.
KUALA LUMPUR: Seramai 3,342 atau 3.43 peratus individu di Selangor berkemungkinan positif COVID-19 hasil ujian saringan besar-besaran yang dijalankan di negeri itu sejak 8 Mei.
Menteri Besarnya, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, seramai 97,565 warga Selangor telah disaring di kesemua 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor setakat 10 Jun.
"Mengikut keberkesanan dan kepentingan khidmat saringan ini, kerajaan negeri akan meneruskan Ujian Saringan COVID-19 Percuma dalam fasa ke-3 yang menyasarkan 100,000 individu.
"Ini termasuk memberi tumpuan kepada kawasan 'hotspot' (titik panas) kes COVID-19 serta kawasan industri dan perkilangan," katanya dalam ciapan di Twitter, pada Sabtu.
Mengulas lanjut, ADUN Sungai Tua itu menzahirkan terima kasih kepada warga Selangor dan petugas serta badan berkuasa yang terlibat sepanjang Porgram Saringan COVID-19 Komuniti Bersasar.
Program saringan percuma yang dilakukan kerajaan Selangor sejak 8 Mei lalu, mendapati golongan produktif berusia 20 hingga 40 tahun, menjadi kumpulan positif COVID-19 tanpa menunjukkan sebarang simptom (silent carrier).
Pengurus Selangor Health Care (SelCare), Mohd Noor Md Nasir, berkata kumpulan berkenaan disifatkan sebagai 'pembawa senyap' virus COVID-19 kerana tidak menunjukkan gejala tetapi dikesan positif menerusi ujian saringan yang dijalankan.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#virus
#Amirudin Shari
#ujian saringan
#Dewan Undangan Negeri
#Ujian Saringan COVID-19 Percuma
#hotspot
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan