awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
Ahli Parlimen Filipina pertimbang usul pemecatan terhadap Presiden Marcos
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: UNI-MLC gesa 'lockdown' menyeluruh

Eton Khir
Eton Khir
28/05/2021
04:07 MYT
COVID-19: UNI-MLC gesa 'lockdown' menyeluruh
Mengambil serius untuk membuat 'Lockdown' secara menyeluruh susulan bagi membuat persediaan bagi menghadapi keadaan paling buruk COVID-19. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Presiden Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC), Datuk Mohamed Shafie Bp Mammal merayu agar kerajaan untuk melaksanakan 'lockdown' secara menyeluruh dengan kadar segera bagi mengekang penambahan kes COVID-19.
Kenyataan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada 25 Mei lalu yang mengatakan bahawa negara perlu membuat persediaan untuk menghadapi keadaan paling buruk ekoran peningkatan kes bermula sejak 1 April lalu dan mampu mencetus lonjakan menegak.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba pada Khamis mendedahkan bilangan pesakit COVID-19 tahap 4 dan 5 telah meningkat sebanyak 15 peratus berbanding 5 peratus sebelum ini.
Peningkatan itu dikesan antara minggu ke-17 hingga minggu ke-20.
Pihak UNI-MLC turut yakin rakyat akan menyokong tindakan tegas ini dan gesaan yang dicadangkan ini boleh dilaksanakan berdasarkan pengalaman ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 tahun lalu.
Malahan UNI-MLC juga percaya dengan melaksanakan lockdown di seluruh negara adalah satu inisiatif terbaik bagi menyelamatkan rakyat pada ketika ini.
Namun, industri makanan, peruncitan dan perubatan dibenarkan beroperasi agar tidak menjejaskan bekalan rantaian makanan.
Topic Berkaitan
#Malaysia
#COVID-19
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan