awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keluarga Jimmy Lai rayu Trump, pemimpin dunia gesa Beijing bebaskan taikun media Hong Kong itu
Polis Norway siasat diplomat susulan kaitan dengan Epstein
Maxwell enggan jawab soalan berkaitan Epstein dalam pendengaran Kongres AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Vaksinasi, langkah kesihatan senjata terbaik tangani peningkatan kes di Malaysia - WHO

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
01/05/2021
01:51 MYT
COVID-19: Vaksinasi, langkah kesihatan senjata terbaik tangani peningkatan kes di Malaysia - WHO
WHO mengesyorkan rakyat Malaysia untuk mengambil vaksin apabila tiba giliran. -Gambar fail
SUSULAN peningkatan kes jangkitan COVID-19 di Malaysia, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan langkah terbaik untuk menangani perkara tersebut ialah gabungan program vaksinasi dan amalan langkah-langkah kesihatan awam yang lain.
Dalam satu kenyataan di laman webnya pada Jumaat, WHO mengesyorkan rakyat Malaysia untuk mengambil vaksin apabila tiba giliran.
Bagaimanapun, agensi kesihatan dunia itu menyatakan individu yang telah diberikan vaksin perlu kekal mematuhi langkah-langkah kesihatan awam.
"Penjarakan fizikal, memakai pelitup muka, kebersihan tangan dan pernafasan dan memastikan pengudaraan yang baik dengan membuka tingkap dan pintu sekiranya boleh," katanya.
Menyentuh mengenai Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang dimulakan sejak Februari 2021, WHO yakin kadar penerimaan vaksin COVID-19 di Malaysia adalah tinggi.
"Dalam tinjauan terbaharu oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), 85 peratus individu di Malaysia bersedia mendapatkan vaksin terhadap COVID-19.
"Malaysia juga bersiap-sedia untuk mengesan, mendiagnosis dan segera menangani kejadian serius setelah imunisasi.
WHO juga mengulangi komitmennya untuk terus bekerjasama dengan pihak berkuasa kesihatan di Malaysia dalam tindak balas terhadap COVID-19 dan menyokong Program Imunisasi COVID-19 negara.
Topic Berkaitan
#WHO
#KKM
#Kementerian Kesihatan
#Malaysia
#COVID-19
#pelitup muka
#program vaksinasi
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
#vaksin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan